pages

!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Friday 30 December 2011

Warkah Terakhir Buatmu WAHAI LELAKI.

...بسم الله الرحمن الرحيم

halau setan dlu supaya aku tak dihasut untuk mencarut kt sini. 

pesanan awal dari dynda a.k.a owner blog berhabuk ni:
"entry ni personal, so xde sape pn yg di'invite' untuk baca entry kali ni sbb aku tahu korang akan menyampah atau terasa nak muntah hijau bila baca entry ni. so, pesanan penaja, sila jgn baca. kalao dh rasa hati batu, nak baca jugak, silakan. tp jgn kutuk aku. blog aku, aku punya suka. ok?"-hati tengah panas der!


ok. carik ketenangan kejap.
...
wahai lelaki, 
terima kasih untuk ungkapan terakhirmu. sebelum aku 'blah', izinkan aku memberikan sepatah dua kata.
sesungguhnya aku tahu kau mencintai aku. dan sesungguhnya kau lebih tahu sejauh mana kasih aku terhadap kau. 

sungguh, 
aku bahagia bersama kau. dan sungguh, selang sehari dua aku pasti akan sakit hati dengan kau. memang secukup rasa. seperti knor pasti sedap.
selang sehari dua kau pasti akan memastikan yang aku dihidangkan dengan 'makanan kegemaran' aku, iaitu hati aku sendiri. bukan hati ayam seperti yang dijual di pasar2 malam mahupun pasar siang belakang rumah aku.
memang aku lah manusia yang paling beruntung.

sayang,
aku tahu kau sayang aku. dan kau tahu aku sayang kau. oleh hal yang demikian kau lebih suka bertindak dan membuat sesuatu secara membabi buta tanpa mempedulikan perasaan si kecil yang berwarna merah dan penuh dengan darah dan selalu menjerit jerit di dalam dada aku ini.
aku sentiasa cuba bertahan dengan setiap tingkah laku kau. aku cuba senyum bila aku dihidangkan dengan 'makanan kegemaran' aku itu. namun, hantu yang tak pernah aku bela ini selalu memaksa aku untuk bersikap aggressive, memaki, mencarut, memekik, melolong. oh! bengongnya perempuan kau ini.

benar,
aku yang selalu bersikap kurang ajar dan kau lah yang selalu bersabar.dan benar juga, aku yang selalu merajuk, dan aku jugak yang memujuk. memujuk diri sendiri. seperti bodoh.
bukan aku tidak pernah cuba untuk melangkah meninggalkan kau,
namun setiap kali aku cuba melangkah, kaki aku pasti tersadung. bagaikan ada tali tasi yang menghalang lalu lintas. sungguh kasihan. akukah perempuan yang kekurangan kasih sayang?

sesungguhnya,
aku cuba untuk berubah. berubah menjadi manusia yang tinggi budi bahasanya. namun, apakan daya. setiap kali aku merasa marah, bagaikan ada suatu aura dragon ball, seperti renjatan elektrik yang merubah aku secara automatik menjadi hantu jelmaan yang akan mencarut sesuka hati. 
malang lah nasib lelaki yang mendapat perempuan seperti aku. ahh! jangan kau mengalir wahai air mata!

hari ini,
maka tiba lah hari yang paling bahagia untuk engkau. 'blah'. ya, 'blah'.
aku akan 'blah', nyah, hapus, luput dari hidup kau. jika itu yang kau mahu. jika itu yang mampu membuat kau bahagia.

maka, berbahagia lah kau wahai lelaki. kerana, aku bukan lagi seekor hantu yang selalu menerjah kau dengan pelbagai ayat2 yang pedas dan kurang sopan. berbahagia lah wahai lelaki.

selamat tinggal.


Thursday 24 November 2011

Kelantan Negeri Maksiat? Negeri Lain Macam Mana?

Assalamualaikum....
salam 1 blogger!

aishh.. tak tau camane nk mula pulak dah..err..err.....
guwa orang kelantan & guwa paling pantang kalau orang duk kutuk2 kelantan. wadehell!
ok fullstop.

eh! blom abes lagi.
otak tengah tak paham dengan perangai manusia yang suka kutuk situ sana sini *dah mcm lagu siti situ sana sini tambah2 kutuk2 negeri orang semata-mata kerana terlalu taksub dengan politik.
yes, lantak kau la nk jd politikus ke, nak ape ke, aku pedulik hape? tp aku pedulik kalau kau dok kutuk2 tak semena negeri kelahiran aku. 
ape, kau punya negeri tu cukup baik ke ape?
kau dok sembang dengan mulut bau longkang konon kelantan tu tempat maksiat, dah tempat kau mcm mana? takde mksiat langsung? K.L.I.N=clean? aku rasa maksiat ada kt mana2 je, tambah2 dunia akhir zaman ni. 
aku bukan nak menegakkan benang yang basah. aku tak cakap kt kelantan takde kes maksiat, tapi perlu ke nak lebel kelantan negeri maksiat kalau kt negeri2 lain pun sama je, bahkan lebih teruk lagi?

iye, aku tahu negeri kelantan ni dibawah PAS kan? so, aku rasa yang kutuk2 kelantan tu penyokong UMNO la kan? hoi! pasal politik sila bawak ketepi. tolong jadi profesional. kita ada kebebasan nak sokong parti ape sekalipun kan? so, sokong jelah parti kau suka. guwa ape kesah! guwa ni umur je tua tp tak penah berminat nak involve ngan politik. its juz a mess ok. nak berpolitik pastu sampai gaduh2 kutuk2 sana sini. puih! phobia oke! deymm

ok. ok. kutuk2 negeri orang tu baru situasi pertama dalam politik bukan? situasi kedua pulak macam mana?bulatkan bijik mata anda dan skrollkan ke bawah

kutuk2 pemimpin. haa ini lagi satu hal. penyokong pas kutuk pemimpin umno, penyokong umno pulak kutuk pemimpin pas. amboi, kau kutuk pemimpin umno, tp time kerajaan bagi duit, bagi sumbangan, beriya pulak kau tumpang sekaki. 
amboi, kau kutuk pemimpin pas xde ilmu agama bagai, tp yang kau duk mengutuk kt tempat terbuka yang terang tang tang 1 dunia boleh baca, bajet kau tu macam good good padahal alim2 kucing, kau rasa kau dah cukup ilmu agama ke? orang yang cukup ilmu agama takkan kutuk2 orang macam tu! berjihad dalam diri dulu, baru boleh berjihad kt satu dunia skalipun kalau hati tu dah betul. tahu?

moral nye, tak payah la nk kutuk situ kutuk sini.. tak dapat untung pun! dapat dosa kering ada lah kot. kita bebas berpolitik, tapi jgn jd bodoh sebab politik. sekian ceramah dari guwa. sila jgn berasap dengan entry gua. kbai.

gua sayang negeri asal gua.
-gua pedulik hape parti mana pon yg tadbir negeri asal gua, yg penting gua dpt hidup dgn aman. sekians

Friday 11 November 2011

Bangga Letteww Dia Ada Blog...

Assalamualaikum..
amacam raye haji? banyak dapat daging? hiks!

hoi orang kampung, aku ade belog!
hoi orang bandar, aku ade belog!
hoi orang utara, orang selatan, orang asli, orang utan, orang2, dan pelbagai jenis orang lagi,
nak tau tak? aku ade blog! blog tau blog?
ini lah dia belog.. eh yeke?


heh. ade blog cikai aje ade hati nak menunjuk. choyyyy

huh? suka hati la, x kena bayar nye punnn
hari tu ade la sorang minah selenga ni, pegi present pasal blog dalam BEL's presentation.
itu ade ampun lagi. ni kalau dah siap jadikan blog dia sendiri sbagai contoh, mane org tak menyampeh nye punnn. kan? *huh. kompem budak tu nk buat kje senang aje (':

boooo! tak tahu malu la minah tu.. sape namenye?

*erk. aku lettew! shh jgn bising2, maluuu! miahahaha

ouch! ouch! sorok muka cket, ade sesape nk pinjamkan topeng kamen rider kt sayeee tak?

err..err..sbenarnya dynda bukan nye nak promote blog dynda nye punn. yg dynda jdkn contoh tu juz earning yg pakcik nuffnang bagi je punn. dynda juz ajar dorg cmane nk buat duit je punn. salah ke punn. semoga audience2 haritu nye punn xde la nk misunderstood nyee punnn. hoh
banyak benor "punn" nye punnn

ah!sudah la. sape kate aku buat entry ni xde motif?? 
ade adee. nk buang sgala persepsi negatif mereka2 terhadap dynda si blogger cikai neh. 
oke sekians. wengg wengggggg
*omakkau tertonggeng jatoh moto

peace yaww~!

nota kaki bangku:
-mcm ni la jdnya bila dh buat kje last minute. main rembat jela ape yg ade dlm kpala otak >.<

Saturday 29 October 2011

Desperate Sangat ke Sampai Nak Mempedajal Orang??

mood: bengang

Assalamualaikum.. salam satu blogger! *ade ke?
jap nak tanya, kat hospital ada provide ubat 'bengang' tak? klo ade nak g mintak sedozen. wuuu berasap nih!
jap nak tanya lg, (aku kan banyak tanya..dlm kelas je senyap.) puii! haha
ade tak sesapa kerja dengan celcom? anda patut baca entry ni. boleh? 
jap lagi saman aku, then aku saman hang balik. nak?

woi! kalau dah kerja tu, kerja biar ikhlas, jujur, amanah! bukan nak pedajal orang la bodo.
ha, ni aku bengang la ni. perlu ke nak tipu2 orang semata mata untuk dapat commision? klau la aku jumpa balik manusia tu, memang aku sula hidup2. *ade ke org sula mati2? opss

memang la silap aku jugak sebab tak aware dgn benda2 alah mcm tu, tp salah hang (dealer celcom) la jugak sebab bagi maklumat cam haram kt kami (aku n kwn aku)
ko nak sangat commision tu sampai ko sanggup tipu orang? suka? nak makan duit haram?
cakap TAKKAN kena charge pape kalau aku tak activekan nombor tu, tapi tup2 aku dapat outstanding bill beratus2. ape tu? tak cukup dengan tu, dapat pulak surat konon nak saman aku!
damn la!
aku tak sebodoh itu la nak bayar untuk benda yang aku tak pakai!
*duit tu baik aku buat derma kat org2 yang memerlukan daripada aku bazir bayar benda yang tak perlu.

ni ha menatang alah tu, memang aku tak pernah guna pon la!

free la konon. free kepala hotak kau

-jp lg nk g wat report kt persatuan pengguna. siap la kau siap!! grrrr

Thursday 13 October 2011

Bloggers i follow~

Assalamualaikum sohabat..
am i a blogger?? 
ish, layak lg ke digelar blogger klo hupdate belog pom dua tiga kerat je sebulan? adoyai. sila la jadi pelajar finance, then anda akan tahu betapa SERONOK nye course tersebut.
-iklan semata2



ini bukan segmen macam Salih Yaacob i follow yeeee.. 
ini segmen merepek dynda! 
so, sesape yang nak ade follower biol cam dynda ni, meh3 tinggalkan link anda kat sini.

syarat2 nye? sangat mudah:
1)warganegara Malaysia sahaja. (ok yg ni tipu) kang jd diskriminasi pulak
2)lelaki dan perempuan sahaja. gay,les,kunsa dan yg sewaktu dgnnye tidak akan dilayan
3)korang tak perlu buat entry utk dynda pon, juz tinggal link kt sini je. *ahem, baik kan dynda? :p
+sila nyatakan kenapa dynda perlu follow anda

okeh, itu sahaja. bubye :)
p/s: pelik tak pelik. since start sem baru ni, harini baru merasa hujung minggu. DAN BARU SEMPAT MEREPEK KAT SINI! deymm. sekians

Tuesday 4 October 2011

Assignment HPD112: My Inspiration

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..
whoa! dah lama gila tak hupdate belog. bleh masuk Malaysia Blog of Record tak?
eh jap, ade ke bende alah yg aku sebut kat atas tu? muahaha.. ok abaikan.
syida oh syida, fokus ok.. ini esaimen!
*nama dynda ditukar kepada syida kejap
*dah lame tah hupdate belog, tup2 muncul ngn esaimen lak, menyampeh la SYIDA ni! kahkahkah
err.. sorry kak jieha, TERmerepek pulak :')
*JANGAN MARAH TAU, NANTI TAK COMEL :p

ok2 serius
....

       Assalamulaikum.. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya masih lagi diberikan kesihatan dan kudrat untuk menyiapkan assignment Pengucapan Awam HPD112  yang bertajuk My Inspiration seperti yang diminta oleh lecturer kami, KAK JIEHA-lecturer paling sporting dan comel.

       Apa itu inspirasi? Pada pendapat saya, inspirasi ialah seseorang yang selalu dijadikan sebagai role model kepada seseorang dalam hidupnya. Saya percaya setiap orang mempunyai inspirasi masing-masing, dan inspirasi itu lah yang akan dijadikan sebagai contoh untuk membentuk peribadinya sendiri.

       Inspirasi saya ialah ibu. Rokiah Binti Salleh, seorang suri rumah yang pandai menjahit. Seorang yang sangat biasa, mempunyai latar belakang yang sederhana, dan bukanlah seorang yang berkerjaya. Mungkin bagi mereka, tiada sebab untuk saya jadikan ibu sebagai inspirasi. Namun bagi saya, sifat penyabar, tenang, tegar, dan bertanggungjawab yang sangat menebal dalam diri beliau merupakan sesuatu yang paling berharga, dan itu sudah memadai bagi saya untuk menjadikan ibu sebagai inspirasi saya. Tidak dapat dinafikan bahawa ayah saya mempunyai dua orang isteri, dan ibu adalah isteri kedua. Saya percaya, bukan mudah untuk menjadi isteri kedua. Tomahan dan hinaan orang kampung mungkin suatu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila bergelar isteri kedua. Namun saya juga percaya kepada jodoh. Jika benda sudah tertulis, siapa kita untuk mengelak daripada perkara sebegitu? Jika bukan jodoh mereka, takkan mungkin ibu dan ayah dapat meneruskan hidup bersama sehingga akhir hayat ibu. 

       Mengenang kembali kehidupan semasa arwah ibu masih hidup, saya tahu banyak cabaran dan dugaan yang ibu terpaksa tempuhi. Lumrah hidup berpoligami, ayah bukan sentiasa akan berada bersama ibu. Namun, tidak pernah sekali pun beliau mengeluh. Tanggungjawab ibu terhadap kami sekeluarga tidak pernah terabai. Kami tidak pernah merasa kekurangan. Ibu adalah segalanya bagi kami, jika ayah tiada di rumah, ibu lah ayah, ibu lah emak. Walaupun hidup kami bukanlah mewah, tapi kebahagiaan tetap menjadi milik kami berkat kesabaran dan tanggungjawab ibu. Salah satu sikap ibu yang saya kagumi ialah beliau tidak pernah membantah kata ayah. Beliau juga tidak pernah merungut. Sikap ibu yang suka memendam rasa dengan riak wajahnya yang sentiasa tenang membuatkan tiada siapa pun yang dapat membaca perasaan sebenarnya. Ibu tidak pernah mengadu walaupun sakit sehinggalah suatu hari ibu tiba-tiba pengsan dan barulah kami dapat tahu bahawa ibu menghidap penyakit buah pinggang tahap pertengahan. Lantaran itu ibu terpaksa menjalani rawatan dialysis. Seringkali saya sebagai seorang anak menangis mengenangkan nasib ibu, namun sekali pun saya tidak pernah melihat tangisan ibu gugur dari matanya. Betapa kuat semangat seorang ibu. 

       Oleh sebab itu, saya bertekad yang saya akan belajar bersunguh-sungguh. Saya ingin menghadiahkan sebuah kejayaan kepada ibu. Namun Allah lebih sayangkan ibu. Beliau meninggal semasa saya hampir menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2005. Semenjak itu, saya merasa seperti hilang arah. Ditambah pula terpaksa hidup dengan keluarga tiri. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi oleh seorang remaja yang berumur 15 tahun yang masih memerlukan seorang ibu di sampingnya. Banyak pahit getir yang terpaksa saya tempuhi untuk meneruskan hidup sehingga hari ini. Namun, mengenangkan kembali kesabaran, kekuatan dan ketegaran arwah ibu, saya kuatkan semangat untuk menghadapinya. Jika ibu boleh tempuhi pelbagai cabaran yang pastinya jauh lebih banyak daripada apa yang saya hadapi, saya yakin saya juga boleh. Alhamdulillah saya berjaya menempuhi segala dugaan yang tak pernah putus dalam hidup saya sehingga hari ini. Sujud syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA juga lah saya berjaya menempuhi segala cabaran itu. Dan saya berjanji kepada diri sendiri, saya akan hadiahkan sebuah kejayaan kepada keluarga saya. saya ingin mengubah nasib adik beradik saya, saya ingin membalas jasa ayah saya membesarkan saya, dan doa juga dipanjatkan kehadrat Ilahi supaya arwah ibu sentiasa tenang di alam sana. amin..

sekian, wassalam



p/s: kak jieha, sorry ayat lintang pukang. hehehe

Monday 19 September 2011

Hantu Tandas Pon Ade??

Assalamualaikum..
*tak puas hati tak dapat cuti Hari Malaysia. demmit!
17/09/2011-siam kena bom?? 3 rakyat malaysia mati??? Ooo Mai God!
nasib yang 3 org tu tak termasuk dynda. maklum la, 17 hb tu jugak dynda g kawen lari kt siam. whoppss
SYUKUR KERANA MASIH DIBERI PELUANG UNTUK HIDUP

lepas balik dari kawen lari kat siam tu, terus pergi shopping kat billion
*korang tau ke billion tu kat mana? heh
sesampainye kt billion, tetibe la pulak nak kencing. itu pn kne bgtau ke?
haruslah bgtau, isi penting oke! *sila bulatkan mata anda dan baca dengan teliti!

masuk je tandas tu, kawan aku siap kutuk2 tandas tu kotor.
balasannye? haa.. balasannye aku TERKUNCI dalam tandas tu! TERBAIK!!
ape lg, aku pon memekik la, satu floor tu dgr agaknye. hahaha
seram woi, siap bajet nk panjat syiling lg. daring kau!
org bawak kunci nk bukak pon x dapat, ape celop?
nak terajang? lg la x dpt, bukannya pintu plastik!
....
10 minit kemudian
....
cuba pusing tombol pintu tu lg skali, resultnye?
tadaaa!
eh, dapat pulak?! *lega macam lepas bayar hutang 1 juta!

lepas tu kan kan kan, ade la dua org makcik pekerja kt situ ckp cmni ha:
"lain kali jangan masuk tandas ni tau, dh banyak kali jadi macam ni. berhantu!", katanya
erk. nak percaya ke taknak? kalau korang??
ok babai

mcm ni ke hantu nye? >.<



p/s:
-ade ke org nk percaya aku g kawen lari? sen pon xde! haha
-pegi rantau panjang beli periuk je dua bijik plus tuala dapur 4 helai. berbaloi ke? zzzz
-aku rasa entry ni sesuai untuk budak2 skolah je. uh! =.="

Friday 16 September 2011

Jom Sertai Bloglist Wanblur

Assalamualaikum...
bangun pagi2 terus update blog. bagus, 1 usaha yg murni! heh heh
oleh kerana otak masih lagi membeku dek tiupan angin sepoi2 bahasa daripada kipas yg berjenama khind, maka sukacita dimaklumkan bahawa
....
....
....
dynda takkan cakap banyak! yeay! suka tak suka tak?
spe nk join bloglist wanblur? jom cpt3 klik poster ni

or klik SINI

terma dan syarat? sangat3 senang.
*sila baca sendiri dekat blog wanblur ye, belajar berdikarai cket! haha

okey, skg dynda nk tag kura & diya
*psttt psttt.. wanblur yg suruh tag tau. :P

dynda nk pilih kategori....
KAMI COMEL lah.
tapi kategori KAMI BIASA JER tu pn mcm sesuai utk dynda. tapi nk yg KAMI COMEL jugak!
muahaha.. ok dh konpius. ape kata wanblur yg tlg pilihkan? (klau tersenarai la..) wohoho
oklah, tu jee.. tak merapu kan kan kan? tahniah utk aku!
sekians :)

nota kaki:
-kura, moh le join. aku amek kategori KAMI COMEL, ko amik kategori KAMI HENSEM.
 amacam? cun tak? nak lettewwww.. muahaha

Thursday 15 September 2011

Slot Mari Bercinta

Assalamualaikum....
ade orang rindu dynda tak? takde?? okbai

ciss. tajuk macam mintak pnyepak je kan. haritu dh dapat title ANGAU
yeah, trima kasih kpd wanblur!
SUKEEE sangat title tu. haha

korang suka bercinta? tak suka?? tipuuuu
ngaku cepat! nt mak upah susu. erk

ahh lantak kome la. memandangkan dh lame tah hupdate belog ni, tetibe mlm ni terasa gatal pulak nk menaip, tapi idea takde
so bile takde idea, hasilnye ape?

HAMPEH!
yaa.. bijak skali. *clap clap

ok2 dah, aku nak pegi bercinta ngan esaimen! babai



death note:
-1st week dh dpt esaimen berlambakkkk. best tak best tak? =.="
-takde idea pon takpe kan? janji ikhlas kan kura??haha

Tuesday 6 September 2011

Sesi Mencari Jejaka Yang Tak Pernah Bercinta

Assalamualaikum..
lagi 4 hari nk start kuliah. KULIAH??? weehooo.. seram woi
jap, nk gelak kuat2
...
...
...
ok skarang kembali serius
errr.. ade tak lelaki yang tak pernah kapel? ade? ade? cuba angkat tangan.
meh sini dynda nk ngorat. opss TERgedik pulak.
aku ade masalah woi, sape mau tolong? takkan nak mintak tolong ah long
ini bukan masalah takde duit, tapi masalah cemburu tak bertempat. bengong punya budak!
aku pernah hantar surat layang kepada doktor love yg berbunyi camni;

masalah saya: kalau kapel, mesti saye nak tau pasal ex kepada boypren saye tu, pastu saye jeles. ape yg patut saye buat ye doktor?

penyelesaian: cik.. rasanya cik kena cari lelaki yang tak pernah bercinta untuk dijadikan teman lelaki, maka masalah sebegitu tidak akan timbul lagi.

maka dengan ini, sukacita dimaklumkan dynda sedang mencari seorang jejaka yang TAK PERNAH bercinta. bagi sesiapa yang berminat sila hubungi dynda dengan kadar yang segera. sekian terima kasih

pesanan penaja:
cerita ini adalah rekaan semata2. diharap semua pembaca perbanyakkan bersabar dengan 'kebiolan' penulis yang tidak dapat dielakkan atas sebab2 tertentu.

untuk incik kekasih ^_~

Monday 5 September 2011

Melatah: Tak Malu ke Mencarut 'barang' Sendiri?? =.="

Assalamualaikum..
so, raya tahun ni masyuk tak? berapa banyak dwet raya dapat? jomm belanje kepci! ngehehe


opocot @?$#^*%!

woi!! tak malu ke sebut sendiri punya? muka letak mana? 
alahai.. aku yg dengar pulak rase malu.
wahai perempuan... tak malu ke melatah macam tu? tambah2 depan laki.melatah tak beragak. kadang2 sje je buat2 melatah. wadehell
wahai lelaki pulak, jgn nak kemaruk sangat sebut2 'barang' orang. sesedap rasa je kau kan? haih. ape nk jd ape nk jd.. cuba la klo melatah tu sebut perkataan yg elok2..
kadang2 kn, makcik2 yg dah berusia emas, perak, gangsa dan sebagainya pon mencarut mengalahkan budak2 hingusan. lagi sadis. hurmm.. 
GASAK LA KOME... bukan urusan aku. huh. 
jp lg mesti ade yg marah ngn dynda. heh. nk g nyorok. babai >.<

nota kaki:
-pergh! refresh pat ploh ratos kali bru dpt update. zzzz
-eh, ade lagi ke yg nk bace entry2 dynda ye? dh berminggu blog ni sunyisepi. kesian :(
-ade org unfollow dynda, TAHNIAH! *clap clap
-err..err..ade yg terasa ke ngn entry ni? chillax oke... (^_^)")

Sunday 28 August 2011

Kalau "SORRY" Boleh Selesai Masalah... Ape Guna Ada Polis??

Assalamualaikum..
"esok raya yeay! esok raya yeay!"
ahem! ayat tu untuk guna esok la. heh
tak terasa macam pernah dengar ke ayat yg dynda buat tajuk tu?
haa..sape yang pernah tengok cite boys over flower mesti pernah dengar ayat tu bukan?
heh, dynda bukanlah peminat fanatik cite2 korea, tp kadang2 layan jugak. heh hoh heh hoh
kalau fikir sekali, macam betul jugak ayat tu. tapi kalau fikir dua kali? kompem! kompem tak berapa nak betul. so, silalah korang fikir sekali sahaja bagi memudahkan kerja kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
apakah?? =.="
yela kan, kalau la sorry tu boleh selesai masalah, polis nak buat ape pulak?
contoh?
misal kata la dynda pergi rompak bank, lepas rompak segala bagai tu dynda pon mintak maaf. pastu selesai masalah. kan? kan? kan? maka polis tak dipanggil untuk menagkap dynda. *ciss, aku tak pandai nak buat ayat skema. duh! cmane la BM bleh dapat A?? hakhakhak
motif??
sebenarnya dynda nak say SORRY sebab tak dapat nak balas kunjungan korang since bila? ok dh lupa bila last day dynda update belog ni. so, klo dynda say sorry je boleh ke selesai macam tu je? heh.
rasanya walaubagaimanamacamana pun, dynda tetap kena balas jejak korang bukan? kalau tak, tak adil namanya. tapi, cmane nak balas jejak kalo tenet macam hampeh? aduh sjuta kali.
so, dynda hanya boleh cakap sorry jela beriban2 kali. mmg tak mampu nak balas jejak korang.InsyaAllah bile tenet dah laju macam ferrari nanti, haruslah dynda bls kunjungan korang. okeh? selamat meraye! maaf zahir. sekians :')

Tuesday 23 August 2011

Diam-diam Rabu! hoh hoh


motif??
sape tahu motif picture ni,dynda bg doploh hengget tolak tigaploh hengget! >.<

Sunday 21 August 2011

Attention! Bloggers Please Take Note


Assalamualaikum..
tajuk tu saje nak kasi meriah! marah? ok, ini serius..
ade haiwan dalam bahaya~
heh. nak cakap pasal perangai segelintir blogger ni. rasanya benda ni penting kot. (bagi dynda la)

PERANGAI ATAU SIKAP BLOGGER YANG PERLU DIKIKIS
1.MENIPU
menipu cmane? dah dye punya belog, sukahatijantunglimpa dia la nak gebang ape pon. tak gitu cik dynda? hello, moshi2.. menipu di sini bermaksud camni. contoh, bila kita post link dkt group blogger yang berlambak2 macam joget lambak dekat fesbuk tu kan, mesti ade punya yang komen dkt link tu cakap camni 
"follow saya balik, saya dah follow awak"
maka bila dapat pesanan macam tu, aku pon tak sampai hati la jugak klo xnk follow. then dgn selenga nye aku terus ke belog dia, then follow. bila check2 balik kat blog aku, "eh! takde pon dye follow aku??"
haa.. dynda tak marah pon, tapi klo kena dekat blogger lain, mungkin ade yg marah. KOT
perlu ke sampai nak menipu macam tu? tu desperate namanya. klo nak sangat org follow, ckp la leklok. x payah nk tipoo2. ha, kn dh panjang aku membebel.

2.PAKSA PAKSA ORANG SURUH FOLLOW
heh. lebih kurang dengan yg atas jugak ni, tapi lain sikit. selalu jumpa kat shoutbox macam ni 
"dh follow awak, follow saya balik tau!"
eh, salah ke pesan macam tu? bukan salah, tapi agak x berkenan dengan pesanan2 sebegitu. kn dynda dh ckp, tu haaa, kt bwh header tu 
"will hit u back-what u give, u'll get back" 
maknanya klo mike tu pollow awok, pandai la awok ni pollow mike balik.. klo mike tu dtg jenguk je awok ni, awok pon akn jenguk jgk mike balik.. klo berkenan, awok akn pollow mike skali. bior le mike tu idok pollow awok pon. asal awok suke, awok pollow.heh

oh oh. ok dah abes membebel. dua perkara tu je yg dynda nak membebel nye. yang baik jdkn panduan, yg buruk tu khilaf dynda sendiri la. macam buat ceramah pulak
eh, jap2
haa, lagi 1, dynda nk buat pengakuan maut di sini. bahawasanya saya miss dynda binti mr.kanda tidak akan memollow belog2 budak bawah umur yg post entry tah hape2 n takde motif langsung. 
contohnya2 entry nye:
1. ariew niew ta pegi cekowla
2. eee..ta cuwkew ngan jantan tuew, cewlawkew!
3. diew ta shayang akuh laa.. cewdey
4. mak itew mawah itew. mencik! mencik!
...dan yang sewaktu dengannya la.. again, dynda takkan follow. pesan la doploh juta riban kali pon, dynda takkan follow. ayat2 dye tu bleh buat makcik sbelah rumah pak dolah seberang sungai tu muntah okeh. nanti sungai tu jadi kaler hijau, dh x bole aku nak pergi buat terjunam bebas kt situ! >.<

nota kaki dan tangan dan jari:
-nama, latar tempat dan latar masa adalah rekaan semata2
-ade yang terasa ke? maap maap maap! SILAMAT HALI LAYEW.. (^_^)")
-org lain dah eksaited nak raye, aku?? hmm.. =.="

Friday 19 August 2011

Dunia Akhir Zaman...

Assalamualaikum..
cuba tengok gambar ni
yg lelaki tu sila jgn tengok lama2! >.<
pandangan anda?

astaghfirullah.. ape sume ni? trend baru? hah, klo trend baru meh aku conteng2 cket tubuh kau, kasi ade corak cket. lagi cantik! nak?
ok, sesungguhya kau mmg tak dengar baca pon ape yg aku tulis ni. zzzz

terang2ngan mempersendakan Islam. pakai baju paras lutut, nampak ketiak (bulu ketiak cukur tak ni?) then pakai tudung. ape, kau bajet style ke pakai macam tu?
nak kata non muslim, MUSTAHIL la, kalau non muslim, npe pakai tudung? dok gitu?

tah la, aku xnk ckp banyak. pendapat korang?

nota kaki:
picture: credit to nuryn aina

Wednesday 17 August 2011

Angkara Orang Ketiga, Aku Kau Tinggalkan

mood: sedey :(

summary:
wohoho.. ditinggalkan oleh kekasih? kasihan deh loo...
sekarang ni nak percaya cakap aku yang hidup ni unexpected?
lagi sakit hati bila ditinggalkan semata2 untuk bertunang dengan perempuan lain. perempuan yang pernah dia sayang suatu ketika dahulu. tapi perempuan itu jugak yang pernah dia kutuk sewaktu bercinta dengan aku.
bedebah punya lelaki. selamba badak, cipan, cicak tokek, dan sewaktu dengannya lagi kau tinggalkan aku. tanpa alasan yang kukuh. di mana silap aku?
boleh tuju lagu?
nah, sila dengar lagu spring-pesanan buat kekasih
*****
pesanan penaja:
ingin mengetahui kesudahan ceritanya? sila buat tempahan dengan kadar yang segera.

woii!! ini cerita betul la. dalam mimpi aku tadi ni. siap nanges2 bagai. dh la real punye nanges! sedar2 je aku dah tersedu sedan. cisss. dermm! dermm! 
dermatology sungguh!

Ya Allah ya Tuhanku, jaukanlah mimpi ngeri sebegini daripada menjadi kenyataan. Na'uzubillah.. Amin



p/s:
sorry, masih kebingungan plus mamai lagi. hohohoii~

Tuesday 16 August 2011

Gossip Oh Gossip: Tang Mana Best Nye?

Assalamualaikum..
arini hari ape? klo musim tak sekolah mesti tak ingat hari. apekekes nye dynda.
*konon budak skolah. heh

ape gossip yang hangit hangat sekarang? ade sesape bole bgtau dynda?
maklum la, dynda ni selalu ketinggalan KTM cket klo bab2 gossip artis ni. 
*tau KTM tu ape? >.<
heh, memang aku tak minat pon nak amik port pasal gossip2 retis nih.

kadang2 gossip yg dh bertahun lamanya, bila ade kengkawan sebut;

kengkawan: "weh, si polan tu blablabla"
dynda: "eh, pasal ape ni? nape aku tak tau?"
kengkawan: "laa.. ko tak tau ke? dh lame la cite ni.."
dynda: "hoh. nak buat cmane, aku tak berminat nak jdik wartawan yg tak bergaji ni. >.<"
*eh, wartawan ke?

nampak tak kejakunan budak dynda ni?
ah! tak kesah la. malas nak amik pusing. bukan dapat ape pon. dok gitu?
lain la klo bergossip pasal retis ni dapat 1 juta tambah doblas juta lagi. bole jugak wat kawen.
demmmit! haremmm..

korang yang suka bergossip lak? cecite ke'enjoy'an korang bergossip pasal retis ni? heh heh heh. sekians :')

nah. ni utk mereka2 yg suka bergossip

dan ni utk mereka2 yang tak berapa nak suka gossip(mcm aku)hahaha
p/s:
bukan nak hentam sape2 ye! ni sbbnye dynda dh takde modal nk update, sbb tu merapu2 je entry. huh. :(

Sunday 14 August 2011

HIPOKRIT Itu Perlu!

Assalamualaikum..
sedar tak sedar dah setengah bulan kita puasa. lepas tu raya. yeay! haha
lepas raya dh start kuliah, then xleh nk aktif sgt dh dgn blog.. ouh, poor my belog.. ceh!
ok, sila korang sekalian gelak sebelom dynda buat korang nanges. heh. meroyan je dynda.

hipokrit tu perlu ke? selalu kn bila ade kapel yg gadoh, mesti pernah keluar ayat ni:
"aku benci kau la! hipokrit! sanskrit! konkrit!" dan segala krit krit krit lg.
betul atau tidak?
ya betul!! segmen ini telah 'dimenangkan' oleh.... tuttt
ciss cisss cissskek kau dynda!

sape kata hipokrit x perlu? klo dlm bab lovey dovey ni dynda x brape sure la mnde tu perlu ke tak, tp dalam kehidupan, rasanya hipokrit sikit tak salah kan? perlu kan? tapi nak hipokrit pon biar berpada. depend on situation. dok gitu?
contoh?
dynda bagi contoh diri dynda sendiri la. nak bajet retis kejap ni cerita pasal diri sendiri!
boooooooo!!! ok cukup. jgn nk boooo banyak2.
bajet tak bajet. bukan kena bayar. klo meluat, menyampah,meloya dan segala gala me dot dot dot, sila pergi ke cursor, then klik close. ataupun sila ke blog2 lain yg beribu riban yg kompem2 lebih hebat daripada blog cikai ni. okeh? deal or no deal?
kalau bab merapu, 1 hari pon x habes dynda ni.

berbalik pada topik asal.
korang rasa kehidupan dynda ni macam mana? sape dapat teka dynda bagi doplosen. cepat2!
adakah korang rasa hidup dynda ni super duper happy ever after? macam fairytale? atau macam cinderella story?
tettt! lambat. nampaknya takde sape yg akn dpt doplosen dari dynda. tahniah! muehehe

hidup dynda kalau sehari tak gelak macam hantu mmg tak sah. tapi, betul ke dynda happy sehappy gelak hantu dynda tu? jawapannya tak.. hidup dynda hampir2 dengan cinderella story, tp bukan cinderella story. dynda kehilangan orang yg sgtsgtsgt berharga, yg sgtsgtsgt dynda syg. sape? cuba teka. lepas tu kena hidup dengan step mom. bayangkan? hmm.. pendek kata, ketawa dynda tu pengganti nanges dynda. boleh gitu? 
kawan dynda pernah ckp, dynda hipokrit sbb tak pernah nk tnjuk perasaan sbenar dynda. tapi salah ke? hipokrit utk jaga hati org2 sekeliling, biar mereka happy, n dynda bahagia tengok mereka happy :')
tak salah kan? so, klo mcm tu korg rasa hipokrit tu perlu atau tidak?
renung2kanlah... sekians :')


p/s utk incik kekasih:
sape kata saye x hipokrit? hek :')

Saturday 13 August 2011

Friday 12 August 2011

Dynda pon Ade Bloglist Jugak! heh

Asalamualaikum..
tajuk bajet hot. hiks! ade ku kesah?
sesape yg rasa dia tu jenis2 kepala otak masok air, sila check ye, kot tersenarai dlm bloglist dynda.
bajet hebat ler tu buat bloglist bagai ye dynda?
woh! tau la aku bukan retis.. tp bloglist yg aku buat ni aku senaraikan blog yg aku suka baca n aku gerenti menyemak stiap kali dorg post entry. sbb aku tau entry2 dorg mesti buat aku tergelak sampai terkencing.-TIPU! haha. 
at least entry2 dorg akn buat aku tergelak or paling tak pon tersenyum kambing.
buat bloglist tanpa bertanding, bole gitu? eh, sukahatiakula..blog aku kan?
tak best la pakai 'aku'. bunyi macam kasar. biasa la, dynda kan sopan santun.
hak tuii!
ha, ape lagi, check jgn tak check

ni la dorg. yg no.1-5 tu paling tip top la bg dynda. kadar peratusan otak mereka yang masuk air amat tinggi.hahah. stiap kali jenguk entry dorg mesti buat dynda gelak sorg2. pastu org ckp aku sewel gelak sorg2. ah! pedulikkk. 

p/s:
dynda suka baca blog korang! :')

1 surat layang untuk incik kekasih:
-tadi godek2 laptop buruk ni, then jumpe gambar
                                               
bajet suci. >.<
ini
&
ini
bajet rajin :P
selepas dijampi serapah sekrampes jadik cenggini:
hiks! comel tak? ade macam hasil kerja kanak2 tak? hahaha
death note:
-mengada pulak budak dynda nih! zzzzzzzz
-ok, sila kutuk dynda. babai >.<

Thursday 11 August 2011

UiTM Low Standard?? Oo.. Gitu Ek?

Assalamualaikum..
jom potpet petang bersama dynda!
jom kita booooo sape2 yang blajar kat UiTM.
boooo...! low standard dow!! booo...!

OII!!
sape brani boo aku sula! biar batal puasa hang! heh.
tatkala ini mood aku tengah menyirap sebab ade orang kutuk tempat aku belajar.
see? aku okay.. aku! bukan dynda lagi dah. takpe kan?
huh. semangat "UiTM di hatiku" amat menebal dalam diri dynda okeh! jangan cuba2 nak kutuk UiTM depan aku. nescaya aku akan turut sama mengutuk. aikk..
bukan kutuk UiTM lah! kutuk org yg mengutuk tu. faham? tak faham sudah.
ate, mike tu hebat benor ke sampei nak ngutuk tempat awok blajor?
kalo mike tu hebat benor, nape mike idok dapat masok u?
noh! mike pegi masok UO (pasaraya untung orang ramai) lerrr.. lagi high class daripada UiTM kot!
huh. cisss kek betul punya budak.
mike sbenornye dengki dengan awok.. ye dak? sebab tu mike ckp cenggitu.. idok gitu mek slamoh? *bukan nama sbenar tau! jp lg mek slamoh tersedak smbil mencekik akok sebab aku sebut nama dia. tu la, sape suruh x puasa? lalala~
ala.. sape student UiTM? jom backup dynda! ahaha.. aku pnakot, sbb tu perlukan geng.
ok smuanya dusta belaka. awok tak takot pon kat mike.. wekkkkk! *jelir lidah sambil tarik pipi*
yela.. aku tak pandai, sbb tu masok UiTM je.. ok, puas hati?
oii cik kak, UiTM pon UiTM laa... tapi ramai je graduan UiTM yang dapat kerja kt luar sana nu haa.. pasal yang menganggur tu toksah kira la, graduan U lain pon berlambak je yang mengerjakan ladang anggur kan? so.. sume same je.. "rajin bertani, dapat la hasilnya" klo malas, sendiri mau ingat maa..
kan? ok la, taknak panjang2. babai =.="
UiTM di hatiku.. lu tau??
surat cinta:
doakan saya berjaya ye! ^_^ *muka menggoda cket. AHAHA.. ok aku tak gedik. zzzzzzzzzzz

Tuesday 9 August 2011

Bangga Ler Tu Kena Puji?

sape bangga? sape kena puji? dynda?? memang tak la kan.. 
habes tu sape? err..err.. dynda pon tak tahu sape. bole gitu? ah, gasak.
amboi dynda, nak mengutuk la tu. nasib tak puasa. whoopss.. ok abaikan.
eh, lupa nak bagi salam la
Assalamulaaikum bloggers.. heee
happy smacam je dynda arini, knape ye?
hoh hoh. lagi2 isu pasal facebook. tu la, sape suruh sign up facebook dynda? pastu mula la nak kutuk org tu, nak kutuk org ni. haisyh! *jangan tiru macam dynda tao, nanti mak marah! :P
haha hey you! dynda bukan nak mengutuk pn.. nak bagi kesedaran cket kat sape2 yang bakal terasa. memandangkan dynda tak pernah buat macam tu, so dynda nak bagi mereka2 yang selalu buat tu rasa macam makan sambal belacan la cket. jahat jugak aku ni. lu tau? lu tau? lu tak tau maaa..
dynda nak ajak sesape yang seangkatan dengan dynda untuk backup dynda. boleh? 
kamon, lets go! ore kelate kata angkat puak. lu tau?
korang rasa perlu ke upload gambar2 yang segala mak nenek yang kadang mem'bulu'kan mata memandang atau kadang meloyakan tekak ibu2 mengandung dekat fb tu? perlu? buat mimik muka macam siput sedut la,  macam siput tak sedut la. pastu bila orang puji, terus bangga. besor lobang hidong.
tahukah anda, kadang2 org puji tu ade yang tak ikhlas? ade yang cakap seolah2 memuji, tapi sebenarnya memerli. hah! padan muka. muahaha. Allah dah cipta kita sebaik2 kejadian, muka dah cantik2 sume.. knape nak buat muka yang tak semena camtu? adoi..

ape masalah kau dynda? tak puas hati? nak gadoh? 
eh. dynda.. err.. takde masalah. nak bagi kesedaran cket je. err.. taknak gadoh, dynda penakot! takpe la, ade org panggil, dynda out dlu la ye, babai >.<
jgn mara aaaa.. :')

1 surat layang:
-jahat pulak kau dynda! >.<

p/s:
-hee..sory sory sory sory~~ ("(^_^)")

Sunday 7 August 2011

BERTUNANG: Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum..
ok lets proceed to the topic. *lol. macam buat presentation pulak
ok2.. dynda tahu, bace tajuk tu pon dah ramai yang akan kata dynda mengong! takpe, cakap je ape pon, dynda tak kesah. yang dapat dosa tu org yg mengutuk kan?-sila tepuk tangan utk mereka
mari berjimba! whoops.
bertunang tu sunah nabi eh?
*sudah gaharu cendana pula-petikan daripada DBP
meme ae.. 
eh, tapi dynda baru tahu je yang bertunang tu sunah nabi. oo emm jieyyy~! dynda!
ye saye? oh, mmg ilmu dynda cetek pon. masalah korang ke? bukan. masalah dynda la kan.
 nak tolong sekolahkan dynda? boleh! dgn syarat free of charge. berminat sila hubungi saya.
hmm.. aku dah cakap dah mesti melalut tak semena. nak buat cmane? taknak bace pegi main jauh2.

dah, jom berdiskusi. kalau la betul bertunag tu sunah nabi, maknanya kena buat la ye? tak semestinya kan? tapi kalau buat dapat ganjaran la kan? kan? kan ke tak kan ni?
tapi kalau dynda kan, dynda rasa dynda taknak bertunang. opss.. why? sebab takut. nanti kang, bertunang denagn orang lain, tapi kawen dengan orang lain. apa crita? maluuu. satu kampung heboh. mana nak letak muka? takkan nak pakai mask otomen pulak bila keluar rumah kan?
tapi kalau kawen terus pun, ade guarantee boleh kekal ke dynda? 
errr.. err.. xtau2. korang tolong jawabkan boleh? babai ;)

bila incik kekasih nak datang melamar? >.<

Thursday 4 August 2011

Wanna Stop Blogging.. Can I?

Assalamualaikum.. korang dah lunch ke blom? ahaha.. ok stop.
ouh ouh, rupanya dh 4 hari tak update blog ni, patot la rse lain macam je.
macam ni la jadinya bila incik malas mula merasuk dalam diri + incik penyakit mula dtg menyapa + incik kepala otak yang tak mahu menyumbangkan idea = cik dynda akhirnya tak update blog selama beberapa hari. trima kasih kpd smua incik2 skalian.. *ramai pulak incik ye?

wait2, nak suruh jenguk kat atas jap.
hey! tengok kt mana nye tu? ni je.. kat ats ni je. tajuk ni je haa..
agaknye mesti ramai yg suka klo dynda stop blogging kan? tak payah la melayan merapu meraban melalut dynda ni lagi dah. ye dak? ok sila bersorak beramai2.

yela.. klo incik stlaker pon kadang2 boleh rasa annoying ngn entry2 dynda, inikan pula org lain kan? kwang3.. pdn mke dynda! tp nmpak macam ade lg yg sudi jenguk2 blog dynda ni. mercy.. :)



nota kaki:
-ehh..toksah happy sgt, dynda bukannya nak bersara betul2 lg pon dlm blogging ni
-ade tak ayat2 berbaur DBP cket? bese la baru abes mentelaah 2 buah novel. hamek kau! *saye pon kadang jiwang gak bang! :')
-sorry, entry yg tak memberi manfaat. rugi masa je klo baca. huu.. babai.

Monday 1 August 2011

Jangan Buat Yang Tidak Tidak...

jam menunjukkan pukul 6.43pm. masak dah siap. so, sambil2 tggu azan maghrib ni nak membebel kejap. boleh? tak boleh? ah! peduli. (membebel tak batal puasa kan?) *perot tgh menyanyi lagu irama asli

ni nak membebel pasal event dekat muka buku. asal log in fesbuk je penuh ngan notification dok pakat invite join event yg tak wujud. tak wujud cmane? yela.. lately ramai je yg buat event menyambut ramadhan la, event berbuka puasa la, even sahur la. amende wey? serabut tahu. memang la tak salah klo nak buat event itu ini, tapi ape motif sbenarnya? tup2 berpuasa, berbuka, bersahaur kat rumah sendiri jugak kan? bukannya ade gathering bagai pon. yg kat sana makan kepsi, yg kt sini makan budu. takde sape pon tahu. adeyhh.. kadang2 rasa macam tak masok akal pon ade gak. hairan. kalau buat amal, tak payah nak menunjuk, nanti pahala kurang.
dynda, ko knape emo smacam? ko tak suka puasa ke?
bukan macam tu, dynda nampak je bengong, tapi puasa tetap puasa, smayang tetap smayang.
bukan ape,  kadang2 annoying dengan event yang tak 'wujud'
klo rse nak buat jugak gasak la, tapi jgn invite dynda utk event yang x masok akal. tu je.
sekians :)
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEDUNIA. *macam la satu dunia kenal aku. wohoho. dh nak azan.babai :')


death note:
-gempak tak tajuk? LOL
-sorry ye klo ada terkasar bahasa terlanjur bicara. slamat hari raya :') *tetibe
-NO WAR- ("(^_^)")

Sunday 31 July 2011

Seronok Sangat Ke Ade Follower Ramai ni?

pesanan dpd penaja:
entry ni takde kaitan dgn yg yg hidup ataupun yg telah jd arwah

bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum..
korang sihat? esok puasa ke? hee..
td belek2 laptop sambil melayan cekadak si kecik comel tetiba terlintas kt kpala otak psal tajuk kt atas tu.
pastu mula la kpala otak dynda ni berputar ligat konon nak buat entry pasal ni sampai budak kecik tu pon aku tak layan kejap. haha padan muka. dah hilang kemana dh. biar dulu, jap lg baru carik. 
ni ha nak tanya, seronok sangat ke ade ramai follower ni? bangga ea? err..err..sory ye, dynda bukan nak tuju dekat sape2, especially yg otai2 yg ade follower beribu riban. bukan.. tidak sama sekali. daripada dynda nak tuju mnde ni kat dorang2, baik tuju lagu kt THR.FM je, bole jugak buat halwa telinga petang2 ni. ye dak?  dynda cuma nak cakap mnde ni secara umum je. esok kan nak puasa. erk. ada kaitan ke? oh takde
ermm.. bagi dynda la kan, jumlah follower ni bukannya sesuatu yg penting. tapi jumlah pembaca setia tu yang penting. dynda cakap terus terang ea, follower dynda tu klo korang tgk ade la dlm 100 lebih2 kan? ciput je sebab aku cuma blogger picisan, bukan retis. tapi dalam 100 lebih2 follower tu, tak sampai pon 10 org yg menjengukkan kepala stiap kali dynda post entry. bukan kata nak jenguk, bayang pon takde. hampa. aku mnaip macam syok sendiri je. nasib la badan.. klo xnk jenguk, follow buat ape? jap lagi ade jugak yg unfollow aku ni. haha. pliz jangan. *buat muka kesian
dynda selalu terfikir, kenapa? kenapa? dan kenapa lagi. jap lagi nak g nangis dalam almari. sobs.
cuma ade la sorg dua yg agaknye kesian kt dynda, so dorg seringkali la jugak singgah n komen2 kt entry dynda yg smemangnye mcm hampeh ni. hoho. ni ha dorg
haa..dorg2 ni jela yg slalu support dynda. tq korg :') 
nah amik ni
syg korg lebih2! :P
ok lah, nak g meroyan jap. haha tipu. babai :)

nota darjah 6:
err.. jgn marah aa.. -NO WAR- ("(^_^)")

Friday 29 July 2011

Aku Join Segmen Ben Ashaari Sebab Aku Boring!


bismillahirahmanirrahim.. assalamualaikum. tak jawab dose! :P
elok sangat la abg beben buat segmen time dynda tgh bosan ni. so, ape lg, serbu la..
nak join? klik SINI
abg beben suruh pilih gambar terbaik yang pernah tangkap, so rasanya ni la gambar terbaik yg penah dynda capture. gambar ngan kengkawan boleh ye abg beben?


hoh! kemain besar lg aku tempek gmbar ni. siyes suka ngn gambar ni, bukan sebab comel mmg aku tak comel pon, tapi sebab aksi yg tak semena oleh budak baju putih yg kt tepi skali tu. hahah. mcm kangaroo pon ade aku tgk! sape lah tu. kerh kerh kerh.. lg satu dynda suka pemandangan hijau kt sekeliling tu.
peristiwa di sbalik gambar ni?
err.. mse ni ktorg buat shooting video arab utk esaimen tapi pakai seluar. tak senonoh!
ah! peduli. lg 1, pic ni kitorg mnyemak kt kamera org lain, padahal masing2 dh ade kamera. haha sengal je kn. tp tu lah, miss dat moment. ^_^

Best Sangat Ke Sakitkan Hati Orang?

assalamualaikum..
kabare? waras? dh nak puasa pon kita ni kan. so, jg la kesihatan supaya puasa nanti tak terbengkalai
wokeh, sikalang mood jiwang2. sebab?
sebab....jatuh cinta lagi, lagi lagi ku jatuh cinta~~
ah! bukan. mood putus cinta la. kwang3.. pdn muka dynda! zzzzz
putus cinta pon nak heboh kt blog ke dynda? erk. err..err.. tak perlu ea? ok
awak2 pinjam pemadam jap, nak padam mende ni. >.<
Lebih baik berhenti menyayangi daripada terus disakiti.
betul atau tidak?
betol3.. aku yg tnya then aku sendiri yg jwb. elok la tu
bukan senang kan nak lupakan org yg kita syg? tapi..tapi..hmm.
mungkin dh tiba masanya untuk bersara daripada bercintan cintun. MUNGKIN la. hakhak.
weh, ade org suruh aku kawen ngan blog. wallawey. bole saja.
mesti org tu dah hilang akal wawawa
ha, lagi satu nak tanya. best ke sakitkan hati org ni hah? dpt ape? dpt duit tak? klo dpt, aku pon nak jugak sakitkan hati org slalu. nanti bole jd kaya. ke dpt ape? ce cite
ok lh, dh mls nk ckp bnyak. babai

ouch! x saket pon..(tipu)



nota kaki:
agak terpesong dari tajuk. tapi takpe, "skrg bukan zaman sekolah, skrg zaman u. pndai mengampu lect dpt la markah penuh"-bukan dynda la ckp! :P

Wednesday 27 July 2011

Baby is The Most Beautiful Creation in This World

Bismillahirahmanirrahim..
pheww.. baru dua hari tak hupdate blog dh rindu tahap gaban.
eleh, macam ade org nak baca sangat blog ko kan dynda?
takde ea? takpe la, nak buat cmane. dynda cuma seorang blogger picisan.. sobs :(
takpe la, bercerita sorg jela klo camtu. hoho tetibe emo

dua hari yang amat membahagiakan bila dapat meluangkan masa sepanjang hari bersama baby comel kiut miut macam mama dia ni. "eh!" *curik ayat kura jap
err.. sape mama dia??
mesti la dynda punya kazen punya aunty. korg pening? dynda lg pening.
seronok je layan cekadak dorang. hee.. penat tu ade la cket, tapi berbaloi bila tengok gelagat diorang yg cute tu ^^
*ayah, nak kawen bole?? HAHA gedik!
ye, saye memang berjiwa mak pon kura! ekau hado? nan hado kan? haha tetibe

nota kaki:
-lagi entry tah hape2. takde modal la smenjak dua menjak ni. sape ade modal lebih? mintak cket :P
-tak sabar nak ade baby sendiri. HAHAHAHA!!
-knape baby sangat cute ye?

Monday 25 July 2011

Eh? Akak Dah 21 ke?? o_O

mood: 
kesejukan selepas didera ronda 1 kampung (pg2 buta) dgn moto oleh abg long dil. eh, abg long aku la!

tatkala aku sedang lena diulit mimpi padehal tak mimpi pon smalam 
tetibe
"woii!! bangun.. hantar aku jap"
adeyhh.. nak kmane pulak la pepagi buta ni. tp memandangkan aku ni seorg adik yg baik, layankan saje la permintaan abg yg baik hati tu.
ok cerita dah habes.

bengong! klo wat karangan ni mmg dpt markah 0 la. jauh benor terpesong dpd tajuk nye. ok abaikan yg kat atas tu, iklan je sbenarnye. huhahuaha
ni kisah semalam tapi peram dulu semalaman kasi masam sket. wooo..
semalam kuar meroyan jap, tapi naik teksi je. biasa la budak takde lesen!

ko takde lesen dynda?
aah takde. eh, ade ade. lesen beskal.
malu la wey takde lesen, umo dah tua! tapi awet muda
ahhh! x kesah la, buat ape je ade lesen, aku lagi suka pkai driver. hahaha ok tipu.

mse naik teksi tu dynda potpet2 ngn pakcik driver.biasa dynda kan peramah. bwerkkk! 
makcik sbelah rumah dh muntah hijau dgr aku gebang.
pastu ade sorg budak, umo around 17 n above KOT. tetibe nyampuk
"eh? akak dah 21 ke??" muka terkejut
"ahh la, dh 21"
dia tergamam jap, cmni ha rupa dia
tgk gambar ni lama2 biar korang pening

pastu tak sempat ckap bnyak dynda dh smpai umah. 
-END-
nota kaki:
-agak2 ape dalam kpala otak budak tu? korang tau? kerh kerh kerh.. :P
-jgn tnya knapa dynda post entri tah pape ni. babai :)