pages

!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Friday 30 December 2011

Warkah Terakhir Buatmu WAHAI LELAKI.

...بسم الله الرحمن الرحيم

halau setan dlu supaya aku tak dihasut untuk mencarut kt sini. 

pesanan awal dari dynda a.k.a owner blog berhabuk ni:
"entry ni personal, so xde sape pn yg di'invite' untuk baca entry kali ni sbb aku tahu korang akan menyampah atau terasa nak muntah hijau bila baca entry ni. so, pesanan penaja, sila jgn baca. kalao dh rasa hati batu, nak baca jugak, silakan. tp jgn kutuk aku. blog aku, aku punya suka. ok?"-hati tengah panas der!


ok. carik ketenangan kejap.
...
wahai lelaki, 
terima kasih untuk ungkapan terakhirmu. sebelum aku 'blah', izinkan aku memberikan sepatah dua kata.
sesungguhnya aku tahu kau mencintai aku. dan sesungguhnya kau lebih tahu sejauh mana kasih aku terhadap kau. 

sungguh, 
aku bahagia bersama kau. dan sungguh, selang sehari dua aku pasti akan sakit hati dengan kau. memang secukup rasa. seperti knor pasti sedap.
selang sehari dua kau pasti akan memastikan yang aku dihidangkan dengan 'makanan kegemaran' aku, iaitu hati aku sendiri. bukan hati ayam seperti yang dijual di pasar2 malam mahupun pasar siang belakang rumah aku.
memang aku lah manusia yang paling beruntung.

sayang,
aku tahu kau sayang aku. dan kau tahu aku sayang kau. oleh hal yang demikian kau lebih suka bertindak dan membuat sesuatu secara membabi buta tanpa mempedulikan perasaan si kecil yang berwarna merah dan penuh dengan darah dan selalu menjerit jerit di dalam dada aku ini.
aku sentiasa cuba bertahan dengan setiap tingkah laku kau. aku cuba senyum bila aku dihidangkan dengan 'makanan kegemaran' aku itu. namun, hantu yang tak pernah aku bela ini selalu memaksa aku untuk bersikap aggressive, memaki, mencarut, memekik, melolong. oh! bengongnya perempuan kau ini.

benar,
aku yang selalu bersikap kurang ajar dan kau lah yang selalu bersabar.dan benar juga, aku yang selalu merajuk, dan aku jugak yang memujuk. memujuk diri sendiri. seperti bodoh.
bukan aku tidak pernah cuba untuk melangkah meninggalkan kau,
namun setiap kali aku cuba melangkah, kaki aku pasti tersadung. bagaikan ada tali tasi yang menghalang lalu lintas. sungguh kasihan. akukah perempuan yang kekurangan kasih sayang?

sesungguhnya,
aku cuba untuk berubah. berubah menjadi manusia yang tinggi budi bahasanya. namun, apakan daya. setiap kali aku merasa marah, bagaikan ada suatu aura dragon ball, seperti renjatan elektrik yang merubah aku secara automatik menjadi hantu jelmaan yang akan mencarut sesuka hati. 
malang lah nasib lelaki yang mendapat perempuan seperti aku. ahh! jangan kau mengalir wahai air mata!

hari ini,
maka tiba lah hari yang paling bahagia untuk engkau. 'blah'. ya, 'blah'.
aku akan 'blah', nyah, hapus, luput dari hidup kau. jika itu yang kau mahu. jika itu yang mampu membuat kau bahagia.

maka, berbahagia lah kau wahai lelaki. kerana, aku bukan lagi seekor hantu yang selalu menerjah kau dengan pelbagai ayat2 yang pedas dan kurang sopan. berbahagia lah wahai lelaki.

selamat tinggal.


3 comments:

kura said...

errrr...

Anonymous said...

sayangku,
syg ak pd kau tiada penghujungnya
tp apakan daya
setelah ak dimaki dihina
atas silap yg dirasa tdk seberapa
terlalu lama ak berduka
dgn kesilapan punca segala


sayangku,
ak mengerti kesilapanku
maaf dipinta atas kekhilafanku
mmg kesilapanku menahan kata
mmg kesilapanku tiada tutur kata
kerana ak bkn jejaka yg manis kata2
mmg tdk sebesar ombak bergelora
tp apakan daya kau tdk dpt menerima
kekuranganku sbg hamba yg hina



sayangku,
begitu lama ak menyimpan harapan
seperti yg ak impikan
sikap yg bertimbang rasa
pelindung segala kecacatan
mmg benar ak punca segala
tapi berbaloikah apa yg diterima
setiap langkah mengira detik
semakin lama hatiku berdetik
sejauh mana hujungnya kesudahan kita



sayangku,
ak belajar sesuatu darimu
begitu juga kau belajar sesuatu dari diriku
bkn kesempurnaan dipinta
tp pelengkap kekurangan segala
kurasa kau akui kelemahanku
kurasa kau fahami kecacatanku
tapi apakan daya
kepercayaan tunjang segala
andai luput hancur semua




sayangku,
ak berdoa agar kau bahagia
bersama insan disisimu
andai ini kesudahanku bersama dirimu
diharap dia bukan seperti sebelumku
juga diharap dia adlh yg terbaik buatmu
agar dpt menutupi kekuranganku
agar kau mengenal erti bahagia
agar kau mengenal budi bahasa
terhadap insan yg kau sayangi
selepas lenyap kehadiranku ini



sayangku,
harapanku tdk berkubur disini
selepas suka duka yg kita hadapi
susah senang kita bersama
luahan kata pelengkap suasana
yg terpendam semua terungkai
selama kucuba bertahan terkapai2
kerana kepercayaanmu yg ak harapkan
semakin lama kucuba membina
semakin pantas kau cuba padamkan



sayangku,
terdetik rasa mengira langkah
kata-kataku semakin sayu terluah
adakah kataku diambil-kira
kerana semua tdk boleh dipakai sudah
andai kau sudi bertahan
makin kuat ak cuba pertahankan



sayangku,
Nursyahidah bt Sidik

Mr.She said...

hey anonymous,
usah kau bermadah kata,
lagak gaya bagai pujangga,
entahkan benar entahkan dusta,
sedang namaku juga kau lupa.

SEKIAN!