pages

!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Wednesday 26 December 2012

Typical Kelantanese


السلام عليكم

ahem. 
after such a looooong time you disappear, then now you come up with this kind of entry. you are really something syida. heh.

"hey, believe me nobody will read your blog anymore". *evil*
fine then. I'll read it by myself. problemo?
*kelaut*

talking about kelantanese. pernah dengar tak ayat ni?
"huk aloh. baru duk KL dua tiga bulan, agah nk kecek KL"

ok, don't tell me kalau kau bukan orang kelantan. memang 99.99% probability kau tak penah dengar. tapi aku penah dengar. please don't get me wrong. ayat tu bukan untuk aku. bukti? since when aku stay kat KeyyeL tu? ha. nampak? ok teruskan.

sincerely itu 1 thing yg aku tak berkenan ngn kelantanese ni. (even aku pun kelantanese)
sebab nye, biaq pi la dia nak cakap keyyel ke, nk ckp siam ke, nk cakap bhsa bangla skalipun. is it your problem? yeah, dats not YOUR problem baby. not at all. 
tell me, sejak bila wujud bhsa KL? heh heh. jawab jawabbb.

look, it's good enough kalau kelantanese cuba untuk menjinak jinakkan diri bercakap dgn bhsa standard (kecek luar kununnye). at least bila dia keluar dari kelantan one day or bila nak communicate dgn outsiders (non-kelantanese), takde la jadi macam ayam cakap dgn itik. yg satu duk "queck queck queck" yg satu lagi duk "kok kok kok" ntah. aku pun tak reti nak eja cemane bunyi ayam. 
nah,is it nice? last2 lain yg nk disampaikan lain yg org paham. betul. kalau nak cerita pasal pengalaman mereka2 yg dah lepas camtu lah. kalau nak cerita nanti jadi panjang lebar pulak. 

so please la wahai typical kelantanese, jgn la nk tanam rasa asabiah yg melebih2 dlm diri tu. sikit2 takpe lah. and for kelantanese, mementang kau pandai cakap KeyyeL jgn la smpai ngn makcik pakcik kt kampung pun kau nak cakap KeyyeL. no good no good. 
kan bagus kalau kita tahu pelbagai bahasa / loghat asalkan jgn sampai kita lupa asal usul kita? PEACE!

Thursday 11 October 2012

Another Surpriseeee


Assalamualaikum..

ok. benda wajib yang aku akan taip ialah:
"sorry.. tak sempat bw, tak sempat balas jejak, bizi, tak cukup masa, blablabla"

elehh. bajet retis je kau nak bgtau sume tu kan SYIDA? bajet kau tu ade ramai readers,followers, padahal sekerat dua pun belum tentu ada...blablabla. *facepalm*
my answer is:
wow, jealous much? *senyum tunjuk taring*

oh ya, aku saje bold kan nama SYIDA tu. nak tau knape? sebab aku dah terlalu lama kot duk pakai nama samaran SHE SHI dekat fesbuk n MR.SHE dekat blog. sampaikan bila aku tuka nama dekat fesbuk tu ade jugak lah several yang bajet tak kenal aku. cisskek. wahai kawan2 blogger kesayangan cik SHE SHI a.k.a MR.SHE... nama ai cik NORSYAHIDA a.k.a SYIDA okay uollss.. so mohon jgn keliru n buat2 tak kenal aku lepas ni. aku sula kang xleh duk bersila patblas hari. mau? heh.

haritu kata bizi kan? tapi hupdet jugak. haa pentipu pentipu!
tak. aku bukan tipu.. aku still dalam fasa persaraan, cuma aku update entry ni untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada dua orang blogger yang hensem n baik hati ni. hah, sape2?

fessofol! (tau ke fessofol tu jadah hapee?) -xtau buat2 tahu peliss.
fessofol mesti lah incik retis Hazwan Hairy 
tadi masa aku balik dari kelas tetibe jumpa envelope depan pintu bilik. nasib baik tak terpijak hokkay. tapi... sape yang letak mnde tu kat depan pintu bilik aku?sebab benda tu dipos pakai pos laju. and, sape je housemate aku yg kenal sape tu syida sidik. ha. itu persoalan yang tak terjawab lagi. abaikan dulu.

and dalam envelope tu ade

V
V
v
v

plus topup

people might say this:
"elehh.. sijil n penanda buku je pun.. bkn bleh buat ape pun."

jawapan paling senang utk org yg mcm ni:
ok. baik kau belajar balik ape itu sentimental value. kbai.

bagi aku la kan, hadiah mcm ni kalau nak bandingkan dgn duit sekalipun, aku rasa benda ni lagi berharga. kenapa? sebab benda ni boleh simpan sampai bila2. boleh jadi kenangan. kalau duit? kompem kejap je lesap. kompem. dah tu, mana kenangan nye? kan? ok sekian sahaja ceramah guwa. eh? :p

thanks hery! saya hargai usaha awak untuk menghargai follower2 awak. and, thanks bg extra topup! hiks :p

PHEW!
panjang pulak entry ni. tapi ade sorang jejaka lagi yang aku nak ucapkan terima kasih ni. yg ni pun jejaka hensem idaman malaya jugak uollss.. sapa dia? jum cekidaut




nampak? yg dlm kotak merah2 tu nama dia Edy Ferdaus blogger retis ni. hiks.

3 kali dia komen dekat entry aku yg sama. aku rasa sbb dia bw dekat blog aku then xde new entry, tu yg smpai komen bnyk2 kali kt entry lame. terharu jugak la sbb blogger retis mcm dia pun sggup dtg bebanyak kali kt blog cikai n bersawang aku ni. hewhew.
sorry la edy sbb x sempat nk bw balik. rndu kot nk bw tiap2 hari mcm dulu2.sobs T_T

#thanks jugak kpd sume yg bg semangat dkt aku utk entry sbelum ni. serius terharu. *lap hingus*

ok dah habes membebel. bye :p

Monday 24 September 2012

Bersara Sementara

Assalamualaikum..

the very first thing nak mintak maaf sangat2 sebab tak balas balik jejak korang. yang tinggal komen, yang follow, yang jerit2 kat cbox. im soooo sory. tak sempat. lately banyak sangat benda nak kena fikir, plus masalah situ sana sini. nak manage perasaan yang upside down lagi. serius rasa macam serabut, serabai, semua semua lah.

and the most scariest thing is aku skang dah masuk ke fasa yang paling menggerunkan that is final year. gila scary tambah2 bila fikir :

"mampu ke aku habiskan part 5 ni tanpa failed?"
"mampu ke aku nak baiki balik pointer aku yang jahanam gara2 eco?"
lepas part 5 kena praktikal. nak praktikal kat mana?"
"mampu ke aku nak buat thesis nanti?"
"dah grad nanti, dapat ke entah keje"
"kalo tak dapat keja nak buat ape?"

dengan jumlah pengangguran sekarang mencecah 400,000. bukan sikit tu. ah. sesak otak fikir. taknak fikir pun kena fikir jugak. nampak macam lambat lagi, tapi sebenarnya tak lama dah. kot. takde masa nak main2 dah. tu lah, sekarang baru nak sedar diri kan. selama ni enjoy je lebih. hampeh.

so dengan ini aku nak cakap secara rasminya aku berehat sementara daripada dunia blogging ni. jumpa lagi nanti cuti sem insyaAllah. 

p/s: tapi kalau aku dah gian sangat nak hupdet nanti, aku hupdet je. tapi untuk blogwalking tu rasanya tak sempat. SORRY again :(

Friday 14 September 2012

Hantu Peti Ais

Assalamualaikum..

ok sekarang aku bukan nak cerita pasal hantu petis ais yang dekat kedai runcit yang suka suki je nak rasuk orang yang kecoh dekat youtube dua tiga hari lepas. bukan ye. bukan.
[jadah apa lu crita?] -ABAIKAN.

HANTU MANA WUJUD!
*ayat yang pernah mencium lembut gegendang telinga aku suatu ketika dahulu.
dan aku mula save dalam micro chip otak aku : ok. hantu tak wujud. tak wujud.
dan seterusnya aku dah tak takut hantu. senang bukan?

ok. perhatikan ayat last perenggan kedua. ada unsur penipuan disitu. hakikatnya aku tetap takut hantu. SEDEH! eh, lek luu. baru intro ni. cite hantu nye kat bawah 

****
pada suatu malam jumaat keliwon...
 eh bukan, malam ni malam sabtu kan? entah. *pesen cakap sorang2*

masa tu dalam plus minus pukul 12am la. ade la sorang housemate aku ni duk kat sinki;gosok gigi.
tengah syok dia duk gosok gigi, tiba tiba ada satu kelibat lalu kat blakang dia. tapi dia tak perasan. lepas tu mungkin dia dengar macam pintu peti ais dibuka. lantas dia menoleh ke arah peti ais tersebut..
kemudian

"aaaaaaaaa!!" -heh. comel gila dia menjerit

kelibat tadi tu aku la baq hang.
cis! terkejut dekat aku rupanya. nasib baik tak terhempas bekas air kat tangan aku. yang aku heran nye, aku lalu kat belakang dia kot, takkan la bunyi tapak kaki aku pun dia tak dengar? ke...
woi, kau nak kata muka aku macam hantu ke ha?!
aku teka dia terkejut ngan rambut aku. wkwkwk (ok sakit gusi aku gelak centu)

kbye

Thursday 13 September 2012

Orang Berbudi, Kita Bersuka Ria. eh?

Assalamualaikum..

jap. 30, 31, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12. ok, 14 hari=2 minggu
cuba teka aku kira apa? hikhok *bunyi ayam lekat biji cempedak*

fessofol, selamat hari raya, maaf sebab tak sempat balas jejak. nak kata bizi tak jugak.*bajet retis*
 cuma mood blogging kena rompak. penat turun naik mahkamah buat report. aik? 
jadah! kelaut.

ekceli 
amik henpon, turn on dictionary (english), then taip nombor tu

HIM! yes, him
|
|
|
|
|
|
|
V
sape dia ni? hewhew :p

sebab? 
dia HENSEM!
ehh. sebab ni
kbye

note: sebenarnya sebab abam retis ni bnyak kali buat aku rasa tergaruharu. thank thank thanks. sobs :')



Wednesday 29 August 2012

Harga Sebuah Hubungan

Assalamualaikum..

entry khas untuk insan2 yang bernama sayang. bukan, maksud aku insan2 yang aku sayang.

fessofol, sambungan entry semalam. ingat lagi kotak tu? nak tau isinya? jom cekidout!




*jeng jenggg!!* harta karun

wauuu. angpauu?? $_$

dan.. ni lah sebenarnya. ingatkan angpau, sekali kad daa :p

haaa.. ce teka ape yg kaler pink tu? aku pun tengah study camano nk guna ni. kahkah

ok jom ke acara kemuncak: ucapan perasmian daripada Puan Sri Norsyahida

UNTUK FAMILY TERCINTA
terima kasih untuk mak tersayang yang melahirkan. terima kasih ayah yang dikasihi kerana membesarkan. terima kasih both braders yang menghiburkan. terima kasih makcik2 dan pakcik2 yang menumpangkan kasih sayang. terima kasih sepupu2 yang menceriakan. <3
*al-fatihah utk arwah mak*

UNTUK SI BITTERSWEET
terima kasih untuk surprise yg tak disangka. terima kasih atas segala rasa. sedih, marah, cemburu, gembira, blablabla. semuanya pengalaman. impian kita, semoga tercapai. aamiin. <3

UNTUK SAHABAT SATU-SATUNYA
atikah yusoff. terima kasih atas nilai sebuah sahabat yang tak terhingga. terima kasih jugak sanggup menerima buruk dan baik aku seadanya. kita pernah jadi kawan, kita pernah jadi musuh. dan sekarang kita sahabat. terima kasih atas semua kenangan. semoga kekal sahabat sampai ke syurga. insyaAllah.

UNTUK SAHABAT BLOGGER
untuk syafiqa karim, terima kasih beb. kau sahabat maya yang terbaik aku rasa. 
dan untuk geng2 BLOGGER APAKAH?
aimi, thanks untuk entry.. <3
zul ak, thanks utk nyanyian sekerat tu.. :p
razanah, thanks utk lagu yg sweet tu.. <3
korn, thanks utk chipmunk yg comel ;D
mk syahir, thanks utk ucapan yg tulus ikhlas wa rasa :)
zul de alexis 
hazwan hairy
abam boni
akak pari-pari putih a.k.a nor zaimah 
syakir rahman 
rien rose
syafiq ajis
cik teddy a.k.a dang kahla
mieza roslee
cik puteri nurul ain
shawn a.k.a shong
liyana izzati
m nasir m nawi
iza zaty
shafuan kecik
eyda syahida
baby zyra roxx
bai baizura
dan semua lah geng blogger apakah?
terima kasih atas wishes (sape yg wish la) and paling penting terima kasih kerana menceriakan hari2 wa. wa syg luorang sume. (^_^)")

CLASSMATES AND FACEBOOKERS
terima kasih utk semuanya. may Allah bless us :)



maka dengan ini aku merasmikan ulangtahun kelahiran yang ke 22. terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk masih lagi meneruskan hidup di dunia pinjaman ini. barakAllah. :)



note:
sorry bloggers, aku ingat nk letak link korang sume, tp mcm x mampu pulak. bnyak sangat. hehu. kbye <3


Tuesday 28 August 2012

Kotak Misteri

Assalamualaikum..

rasa macam dah lama benar tak hupdet, tak bw, tak ape lg?
sape ntah curi mood blogging aku ni. mohon pulangkan balik *soundtrack misha omar-pulangkan*

harini wa rajin sikit. bangun cuci baju, mandi2, pastu hadap tv. rajin kan? hikhok.
masa wa ngadap tv tu, ade abam hensem call henpon wa, tp wa x perasaan. ok rugi :p
lepas tu ade pulak org bagi salam dekat rumah wa. asalnya wa xnk jawab kuat2, wa jwb dlm hati je. boleh gitu? dah dua tiga kali dia bagi salam tu terpaksa la jugak wa keluar. *benci benci! jln smbil hentak  kaki*

bila dia nampak wa je terus dia tanya:

"Norsyahida sidik ye?" -yakin je kan bang, kalo slh org kan malu? hehu

"ok, sila tulis nama sini, ic sini, otograf sini, blablabla"

pastu wa nampak kotak dekat tangga umah wa

jeng jeng jeng~! *suara latar*

wa terfikir gak, nak kata wa beli barang, mmg tak la. nak kata wa menang peraduan pape pun, tak jugak rasanya =="
jap, tengok nama pengirim
tudiaaa. nama wa slh eja. cis

ok wa dah tau dah sape yg hantar. tp motif? takut pulak nak bukak. kang keluar anak kambing ke sekor cemane? lintang pukang wa lari. takpe lah. wa rasa macam kena mintak izin si penghantar dulu nak bukak kotak ni. *bersambung*

jap, kenapa WA? selalu bukan aku guna AKU ke? kahkah. kbye


Monday 13 August 2012

Terabai atau Diabaikan?

Assalamualaikum

jap. *tengok tajuk dua tiga kali sambil tenyeh2 mata* 
terasa pelik dengan perkataan yg selalu digunakan tu. entah. lets proceed! yaww~

ahem. ade lagi ke yg ingat dekat blogger-bajet-bizi yg namanya Mr.She?
ade lagi ke yg sudi jenguk blog merepekzone? takde kot :3 *bajet retis betei ayat -..-

yelah. orang kampung mmg cenggini. rutin setiap hari; sign in blog 15 saat then sign out. sign in 'pencicit' 10.5 saat pastu sign out jugak. sign in fesbuk, then tak ter-sign out. kahkah. yeye, aku tahu tak lucu =_="

kenapa aku tak hupdet? sbb org kampung mmg cenggini. line tenet cam haroom, nak pakai unifi tak mampu. plus aku penat cari rezeki, jaja kuih tiap2 hari. orang kampung kan? biasalahh
sebab tu lah blog aku ni terabai. kurang kasih sayang. kesian dia. ade yg nak bg kasih sayang kt blog aku tak? err. bye
ape kaitan ngn gambar ni? ntah =="


notis PTPTipu:
-'pencicit' = twitter. sape ajar? matluthfi yg ajar. kahkah
-aku tipu je jaja kuih tu. tp aku buat kuih. nak rasa? kahkah lagi

Friday 3 August 2012

wahai blogger kesayangan, terima kasih

Assalamualaikum..

alhamdulillah dh 14 hari puasa. kejap je kan. tak lama lagi Ramadhan dah nak tinggalkan kita. tahun depan belum tentu bertemu lagi :(

ahem. fessofol *first of all 
aku nak ucap terima kasih berjuta lemon dekat blogger kesayangan
seriously hery, its a big surprise for me. even bukan juara, but still rasa macam nak nangis terharu. sebab effort saya tak lah seberapa pun hery. tq sooooo much! T__T
sesape yg nk tahu kenapa sila kelik kelik SINI dan SINI jugak.
double thanks abam retis! :p

and benda kedua aku nak cakap, terima kasih wahai blogger2 kesayangan yang mostly comes from group Blogger Apakah? start from


MK, sorry wa buat lu kecik hati. wa tarik balik kata2 wa. wa xkn leave group hapPENING lu tu :)

then


Zul, sorry wa sentap ngn lu. tp wa nampak effort lu nk tebus rasa bersalah lu. xpe, wa x marah pun. wa manusia yg x suka sentap lama2 sebenarnya :)

next
u're kinda cute and lovable. kite tak leave grup tu sbb awak jugak tau tau :p

and Razanah Anis yang selalu tak bagi wa tinggalkan dia dekat group tu, Syakir Rahman, Puteri Nurul AinZul Ak, dan semua la yg very the hapPENING dlm group tu. ilebiyuall. tengkayu sbb sudi memeriahkan hari2 wa (tetiba) haha.

klaut. kbye :3


Tuesday 31 July 2012

Cinta itu Tak Pakai Spec.

Assalamualaikum..

haaachum! *lap hingus*

cinta itu buta. maybe sebab cinta tu sendiri tak pakai spec. tapi spec bukan utk org rabun ke? kalo dah buta tu pakai la spec patblas lapis pun tetap buta. tak gitu? so tajuk aku tu salah la kan? lantak lah. malas nak baiki.

cinta itu dikatakan buta bila mana orang yang kau sayang sakitkan hati kau berpuluh mahupun ratus ataupun ribu mungkin juga juta kali, but still kau decide untuk stick together dgn orang yang kau sayang tu. contoh ni contoh. tapi, itu kah namanya cinta? hahah. aku sendiri pun tak paham. cinta kunun -,- dan aku tak paham apa motif aku post entry mcm ni. kbye




Friday 20 July 2012

Nafsu dan Setan

Assalamualaikum..

bila nafsu disedapkan lagi dengan perisa tambahan oleh setan, maka bermula lah babak di bilik tidur..



hoi! sila mimpi kalau kau expect nak baca benda2 macam tu kat blog aku yang suci dalam debu lagi murni ni.
esok puasa. tak sedar diri? aku nak cerita pasal setan, nafsu, dan puasa la ni. ngerti enggak? err -,-

"bulan puasa mana ada setan. setan sume kene rantai" -antara ayat yang tip top menjelang Ramadhan. biasanya digunakan oleh manusia2 yang pengecut seperti aku konon nak menyedapkan hati bahawa hantu tak wujud bulan puasa sebab setan kena rantai. ceh. pecah tembelang. kahkah

namun dengan keadaan dimana setan semuanya dirantai, mungkin meraung raung minta dilepaskan. tiada yang simpati. gila apa nak lepaskan setan? ok aku klaut.

namun, keadaan ini sikit pun tidak membantutkan niat yang tak suci lagi tak murni manusia yang bernama Islam untuk tidak berpuasa. tanpa segan silu mencari nasi di kedai cina dikala jam menunjukkan 12 pm. halal ke yang kau makan tu woi??

kenapa masih berlaku situasi sebegini? sebab.. yang kena rantai tu setan. tapi nafsu tu kadang lagi bahaya daripada setan. lu tau tau tau? tau tp buat2 xtau.
so, tak payah nak hepi sgt konon setan dh kena tambat segala kerana nafsu tu lagi menakutkan dibandingkan dengan setan. ingat senang nak lawan nafsu? heh. 

so, sama-samalah kita kuatkan iman, tingkatkan amalan untuk mendapatkan redha Allah di bulan yang mulia ni. semoga kita semua sentiasa di bawah payungan Allah. aamiin..

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM :)
mintak ampun mintak maaf atas segala silap salah samada yang sengaja mahupun tak sengaja :)

oh lupa, terima kasih kepada anda2 yang selalu memberi semangat kepada saya. terima kasih. ileviyuall ;p

Sunday 15 July 2012

Tak Semua Orang Bertuah

Assalamualaikum..

maaf bagi siapa yang membaca. entry ni mungkin mengandungi unsur 'emo'. maaf. di kala ini fikiran sungguh tak tenteram. mana syida yang selalu berhuha huha tak kira masa? aku sendiri sukar untuk mencari diriku yang sebenar. hilang? entahlah. terasa seperti semua kekuatan melayang. entah kemana aku pun tak pasti.

jika ada yang menganggap aku cuba untuk menagih simpati, terima kasih. kata lah apa sahaja asalkan kau bahagia. aku doakan kau takkan pernah merasa kesakitan yang aku rasa. entry ni, memang lebih kepada luahan rasa. rasa yang selama 7 tahun dipendam. akhir-akhir ini, semangat aku melayang. dan luahan ini sahaja yang mungkin dapat mententeramkan sedikit perasaan. 

kepada yang terasa menyampah, annoying, benci, bosan, dan sewaktu dengannya, aku tak pernah minta kau untuk baca entry ni. maaf. ini blog aku. aku berhak untuk menulis apa sahaja yang aku mahu selagi tidak bercanggah dengan undang2 negara mahupun Islam.

ya, aku tahu kenapa semangat aku melayang. aku tahu kenapa persaan ini tak keruan. kerana Ramadhan hampir menjelang. bukan kerana Ramadhan yang mulia itu, tapi kerana dugaan yang besar itu bakal menjengah untuk kesekian kalinya. untuk tahun yg ketujuh. dugaan apa biarlah aku sorang yang tahu.

tapi, pernahkah korang merasa berpuasa dalam sebuah keluarga yang asing bagi korang? berbuka puasa semeja dengan mereka yang membenci korang? mungkin tak pernah. mungkin dugaan ini tak sebesar dugaan mereka yang berpuasa dan berbuka tanpa sesuap nasi. mungkin aku yang mengada. tapi, entahlah. mana kekuatan itu? aku mohon kepadaMu ya Allah, kurniakan aku kekuatan itu. amin.



note:
tak semua orang bertuah kat dunia ni. ada yang hidup dalam keluarga berada dan bahagia, ada yang hidup dalam keluarga berada tapi tak bahagia, ada yang hidup dalam keluarga sederhana tapi bahagia, ada yang... ada macam2. kepada yang bertuah itu, bersyukurlah. dan kepada yang tak bertuah itu, ingatlah Allah sentiasa bersama kita.

Saturday 14 July 2012

Sebelum dan Selepas

Assalamualaikum..
heyyo heyyo. rindu! 
Rindu blog, rindu kawan2 blog. rindu hupdet blog. rindu pakwe. eh?
aummm bau kedai! perasan something?

hai kawan, saya dah merdeka. awak?
so saya nak bw ni. awak nak? nak nak nak?

sebenaunya kan dah lama tak hupdet blog ni jd tak reti pulak nk hupdet camane. heh heh.
jap, nak ajak main maki maki ni. nak tak nak tak? nak lettew! lalala~

awak, kite ade header baru. awak, kite ade background baru. awak, kite rasa macam ade yang rasa macam nk bagi kaki kt kite. jangan jangan. oke kite tamo gedik2 dah. oke oke. peace!

ekceli kan, aku frust sbb aku nk join contest abam retis tu. bukan tu tapi ni CONTEST MEGA HAZWAN HAIRY cube ah p usha. hadiah ohsem yaww!
eh jap, ade org bace ke entry aku ni yg beriya nk promote segala? :3

takpe lah. mmg xnak join pun sbb dh tau x mungkin menang. tapi.. tapi.. comey tak wajah baru belog kite? heh heh. maaf gedik lagi skali. last last :p

ekceli ekceli nak letak header gerak gerak ni td, ni ha ni ha
tapi dia xnk gerak lak. sedih. k lah. babai.


Saturday 7 July 2012

CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY

ahehehem!
Assalamualaikum..
wachaa!
punya la sakit hati intenet buat hal. cam harommm. seharian tggu. dh janji kot ngn abam retis nk juin segmen dia ptg td. maap, bkn sengaja mungkir janji T_____T
boleh picit header ni utk ke blog abam retis :p


okay lah. incik HH ataupun lebih manja digelar hery ni suruh nyatakan kenapa suka ke blog dia. kehkeh
meh tengok ni meh meh

ohsem dari segi ape? bagi saya la, blog hery ni ohsem dari segi content, cara penulisan, and paling penting owner blog yang super ramah. serius, tak ramai blogger yang ade follower beriban tapi still ade masa untuk beramah, balas jejak and rasa bersalah bila tak sempat balas jejak. yang ramai nye, satakat follower baru nk sampai seribu pun dah mula nak berlagak konon "oh aku lah retis-to-be". hek ehh. hery ni dh 2 kali pun blog dia masuk majalah, takde pun nk berlagak segala.

ape yg saya suka dengan content n penulisan hery ni, setiap entry dia ringkas je. takde nak sesak otak and rimas bila baca. dah macam tukang kritik pulak aku ni. pheww!

and, nak cakap sikit kat hery ni. benda yang paling menarik perhatian saya dekat blog hery tu.. ha cuba teka?

tett! lambat. saya suka caption (caption ke ape? -,-) dekat header tu
"sejuta langkah kembara impian"
super nice. love it.

okay. tu je nak cakap. sekian babai :)

p/s: sila jangan kutuk bahasa gua yang bajet bagus plus gambar zaman sekolah tadika gua kat atas tu. kahkah


Thursday 5 July 2012

Meaningless or Meaningful?

Assalamualaikum..
aku kesuntukan masa sebenarnya. kurang 30 jam dari skarang untuk bertarung bersama ketas dan pen. tapi cuba jugak menggigihkan diri nak post benda ni. meaningless or meaningful xtau lah.
maaf lukis sambil kelam kabut

wa chow dlu
eh jap, ade yg follow saye, n bnyk jugak yg tinggal tapak kaki tak sempat balas lagi. maaf ye. next time i will. babai :)

Wednesday 4 July 2012

Rabu Tanpa Kata | Describe Yourself

Assalamualaikum.. 

note:
maaf tak sempat BW. tunggu lepas 13 july ye. 
oh ye, mlm ni mlm nisfu sya'aban. jgn lupa buat amal ye. Allah tu maha pemurah :)
seeyaa!

Thursday 28 June 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY

Assalamualaikum..
 ahemm. bizi sebenaunye ni. tp buat2 tak bizi jap. abam retis mohon juin segmen dia. wakaka
ok la, cube nasib je ni tau tau. 
eh, ni ha header blog abam retis :P

ade yg bace tak entry patik yg pacar lagi hina ni? *ayat betul ke tidakkk tuh?
ha, kalo ade yg bace tu, meh le juin. meh3. klik header tu. ok nak chow dah. babai

eh jap, lupe nk jawab soklan abam retis
kekerapan berblogging dlm sehari?
err.. tak terkira la. camano? wakaka

challos :)

Thursday 21 June 2012

Stress Reducer

Assalamualaikum..
heyyo heyyo. lama wa menyepi bukan?
menyepi? 
peliss lah. hidup wa sikit pun xde ruang kosong  untuk merasai sepi. hidup wa semenjak patbelas menjak ni riuh rendah dgn esaimenS + testS + presentationS + reportS + quizS
*S melambangkan plural yee anak2 murid sekalian~

maka stelah menge'failed'kan diri dalam 3 'ketul' testS, dengan 'bangga'nya aku ingin 'membanggakan' diri menerusi entry ini. bajet bizi tapi test failed jugak. bang*** kau syida. ops.
ohh! usah bimbang. takkan lari topik punya. cuma perasaan sekarang ni nak membebel panjang lebar sikit. mohon baca dengan hati yang terbuka. hati tertutup pun takpe lah asal mata terbuka. -_-

ok, tips perrrrrtama.
tips ape? bace tajuk la woi!

amboi besau gedabak pulak gambau :3

tips pertama ye, bukan tips malam pertama.
pertama, PANTAI. yes, pantai. cari pantai cepat. kenapa pantai? pergi usha orang dating la, ape lagi! wakaka. 
pale otak dia. pantai tu sedikit sebanyak dapat bagi ketenangan pada kita sebenarnya ye ye. tak caya? cuba lah.

next! tips kedua
PUNCAK GUNUNG.
yee. yang ni berrr suka. sebab aku perasan yg dia selalu hupdet entry pasal mendaki gunug rajah la, gunung gajah la. eh?
yeee. kalo stress, pegi daki gunung. make sure x pengsan d tengah perjalanan. sampai d puncak alam gunung, cuba jerit sekuat hati. nak cakap "aku failed 3 'ketul' test!!!!!!" pon buleh. kahkah. tak lucu pun :3

tips ketiga
BLOG
yes, bila tension, hupdet la blog. tulis segala benda yg kau rasa tu kat blog. nak luahkan xde sape nak dengar. ni untuk forever alone macam aku jelah. pastu kena kutuk. wakaka

tips keempat
TERJUN LOMBONG
yaaa. ni lah dia tips yg paling berkesan abad ini. mana la tau terjun lombong tu tetibe jumpa emas ke, bijih timah ke, kaya woo. kalo tak pun, orang akan cakap camni "arwah tu baik orangnya~". lagi power. hilang terus stress tu, sebab dah hilang nyawa. bang*** nye syida.. o_O

tips kelima
sila search internet atau jumpa kaunselor untuk bertanya pendapat bagaimana untuk reduce stress anda. kerana? kerana tipsss di atas adalah hampagas semata mata dan semata dua mata. sekian terima kasih. byebye.

#SABTU NI TEST LAGI. SEMOGA TAK FAILED. kahkah.

Wednesday 30 May 2012

JAHAT DAN DENDAM

Assalamualaikum...

maaf. ini entry emo. mohon jangan ada yg sentap.

jahat? jap, 

PENGUMUMAN! 
sukacita dimaklumkan, aku seorang yang jahat. *clap3*
tak pernah pulak aku rasa aku ni baik. aku tak pernah pun berniat nak tunjuk baik atau bajet baik hak tui. pelisss lah. bukan cara aku nak jadi plastik. kalau aku jahat, biar orang tahu aku jahat. buat apa aku nak bajet baik pijak semut tak mati? nampak cicak terjerit2 smbil kontrol ayu aww aww? jumpa katak melompat2 lari terjun tingkat patbelas? onomnom. itu bukan aku. 
aku? manusia yg kasar, biadab, takde budi bahasa, takde manner, panas baran, mulut laser. tu lah aku. semua tu aku tunjuk. aku tak pernah sorok dalam laci, dalam purse, mahupun dalam poket baju kurung.

kenapa?

sebab biar orang tahu aku jahat. sebab aku taknak jadi hipokrit, then one day bila TERtunjuk perangai sebenar, org akan cakap "celake kau perempuan. aku tak sangka kau macam ni".
aku taknak semua tu. sebab tu, biar orang tahu dari awal macam mana perangai aku. 
nak kawan? jom. xnk kawan? fine. senang je. 
bodoh kan bukak pekung di dada? deyy. memang aku nak kau, kau, dan kau kau tahu.

persoalan?

meh nak tolong jawab. aku bukan taknak berubah. aku cuba untuk berubah. tapi, ingat nak berubah ni senang macam makan biskut kering cicah kacip fatimah perisa oren ke ha? susah woi. aku cuba. tapi masih tak berjaya sepenuhnya. sekurang-kurangnya aku rasa macam ada peningkatan. aku lah rasa. kau tak rasa? -_-

apa kaitan dengan dendam?

sebab aku jahat, aku sedaya upaya mengelak daripada ada perasaan dendam, kenapa? sebab aku takut bila aku berdendam, aku akan balas dendam. sebab aku takut dendam yang aku balas tu, lagi teruk daripada apa yang orang tu buat dekat aku. macam aku pernah buat dulu. sebab aku jahat. orang jahat kan sanggup buat ape je untuk puaskan hati dia. bukan? ciss. jahat benar aku ni.

taknak kawan dengan aku dah lepas ni? takpe lah. sekian ~_~

note:
-aku taknak ade dendam sebab aku takut aku akan balas dendam, macam aku buat dulu.
-aku taknak jugak doakan supaya Allah balas segala perbuatan kau yg menyakitkan hati aku
-aku cuma akan berdoa dan berharap supaya Allah bagi kau kesedaran, buka pintu hati kau. buka mata kau. supaya kau stop sakitkan hati aku. tu je. sebab aku sayang kau. ye, kau LastCut. bye

Rabu Tanpa Kata | OMAIGOD!

Assalamualaikum...


ma'assalamah. seeya. jumpa lagi. bye. T__T

Monday 28 May 2012

Hidup Segan Mati Tak Mau

Assalamualaikum..
err. hai. setiap kali nak hupdet blog ni mesti aku terfikir 1 perkara. cuba teka ape?
teka lah. malas bgtau. kahkah

jap lah! aku tak start membebel lagi. dah nak chow? pekena kopi dulu secawan. tak mau?
sape pegi himpunan jutaan belia? angkat telinga cepat!
dengar kata ade artis nampak spenda? betul? opss! haha
harap2 xde anon dtg serang blog aku jp lg. tnya je. tak salah kan?
aku taknak cakap banyak. hayati gambau kat bawah ni
tak nampak? pakai la kanta pembesauuu :3
perisa tambahan:
ada yg cakap tu bukan K-Pop, tu J-Pop. ea? dah kalo J-Pop, tak dosa la ye? hewhew. 
PEACE YOO~! (-_-)V

JAPP! tajuk tu. err. maaf. tajuk terpesong. bye

Friday 25 May 2012

Nak Pilih Idea Manaaaa?

Assalamualaikum..
jomla gotong royong kat blog aku jap. sapu sawang2 ni. kalau boleh tolong tanam pokok sikit sebab aku tengok blog aku ni dah tandus macam padang jarak padang terkukur layaknya.
tak paham? inilah namanya metafora*yang sebetulnya aku sendiri pun sesat :3

baru lepas melepak kat kedai kopi cap APAKAH?? . aku rasa patut dinobatkan sebagai kedai kopi paling gempak abad ini. naik biol kepala otak aku. hantuk2 kat dinding dua tiga das baru ok sikit.

dan sebab lepak situ la aku jadi macam orang sasau tetibe tak reti nak hupdate blog ni. ayat lintang pukang. nak buat macam mana, kena troll dengan si IK ape ntah name dia. gigih kemain nak jd tukang komen terakhir sbb kononnye akan diREVIEW. last2 hampeh. terpaksa surrender. sadis oh. tapi blog lu sangat ohsem la IK. serius. tak tipu

tapi motif aku update ni bukannya nak crita pasal kat atas tu. cis. intro pun dah seangkatan dengan sungai nil. ape kes? ade ke orang nak baca ni? kalau tulis kat kertas ni dah lame aku renyuk2 campak dalam tong sampah. buang masa.

ekceli cik IQA kesayangan ni tadi datang buat serbuan. tanya nak hupdate ke taknak. tu yang tetibe hupdate tak menentu hala ni. ayat lintang pukang pun main langgar je. ekceli aku free dari hari khamis lagi. tapi takde feel nak update blog cikai ni. sebab serius idea aku berlambak. so, aku macam oh wadefishh men! mana satu aku nk hupdate ni? haa gittew. antaranya?



1) aku nak hupdate pasal anon yang terlebih ajar tu
2) aku nak hupdate pasal form 6. low standard sgt kah?
3) aku ingat nak buat review blog
4) aku nak tayang header baru aku (perlu ke?)
5) takde dah
6) kan dah cakap takde dah
7) takde dah! tu je aku nak cakap. kbye

Friday 18 May 2012

Kau Memang Selfish!

Assalamualaikum.

"KAU MEMANG SELFISH PON!"

the moment i heard that word, aku rasa macam,
oh my God! really? am i really selfish? seriously??
ya Allah. jahat sangat ke aku ni? aku pentingkan diri sendiri selama ni? kenapa aku tak sedar?
ya Allah, aku dah sakitkan hati orang2 sekeliling aku. kenapa aku tak alert?

ya Allah. aku dah sedaya upaya berusaha nak jaga hati orang2 sekeliling aku. orang2 yg aku sayang especially. tapi kenapa? selfish. aku langsung tak perasan yang selama ni aku pentingkan diri sendiri. selfish dari segi apa? 
soal tak ikut cakap orang maka aku selfish?
soal aku makan ikut selera aku maka aku selfish?
soal apa lagi?

maaf aku tak perfect. maaf aku still lagi failed dalam soal nak jaga hati orang yg aku sayang. maaf jika benar aku pentingkan diri sendiri. maaf

and yes, saat aku dengar ayat tu, aku rasa aku manusia yang tak berguna. kawan yang tak berguna.
the only thing that i wanna do that moment till now is, 
oh dad please. im begging u, i wanna quit this studies. i hate this place. i hate my own place. i hate being ignored. i hate being annoyed. i hate being hated. i hate dat i couldn't satisfy people around me. 

ya Allah. this is not easy for me. please make it easy.
yes, this is the only word dat i'm able to recite every second.

hey you, yes you there. listen. nope, i mean, read carefully
dear friend, deep in my heart, i love you. i love you as a friend. not only for today, not until tomorrow, but i love you as a friend here and after. if possible, aku nak kau jadi kawan aku dunia akhirat.
tapi, layak ke aku? aku bingung. aku confused.

kalau boleh aku nak lari. jauh dari sini. kalau boleh.

MAAFKAN AKU.


Thursday 17 May 2012

Follow-Unfollow. Acano lah?

Assalamualaikum..
yeay! i'm back. rinduuu kiteww takk? tak eh? fine

jap nak cakap, ade org follow kiteww pastu unfollow balik 
*sbb aku x follow dia balik kot? -like i care. kahkah
nampak sngt tak ikhlas kan? dah ckp awal2 pon aku bizi tak sempat nak balas jejak segala.
nampak benar lah dtg blog buruk ni stakat tekan button follow, pastu shout 
"kitew follow awak.. follow balik aw aw!"
bukannya baca pon entry yg terpampang mintak simpati supaya dibaca tu -_-

sukahati la awak. saya tak kesah pon dengan angka follower tu :3
aku buat blog bukan sbb nk pemes dgn angka follower yg beribu riban, bukan jugak dengan jumlah komen yg beratus-ratus macam retis. and, bukan jugak sbb dok gilakan duit pakcik nuffnang tu.
*ade jumpa iklan nuff tak kat blog aku? takde kennn :3

aku buat blog sbb sini jela tempat aku merepek bila bosan. sini jugak la tempat aku mengumpul sahabat2 sejati kat alam maya ni macam anak pakcik karimjuber bajet hensemMKS kaki berangan and ade la lagi beberapa kerat. i did mention earlier dalam entry sebelum ni.
so, i no need u as a follower sekadar pada nama. y u no understand? i'm juz looking for someone that can be a good friend like three of them. dats all. thank youu :D

xtau pun ape motif aku letak gambau ni -_-

kbye! :D



Tuesday 8 May 2012

PM Pun Tak Sebizi Gua

Assalamualaikum...


As the conclussion, aku sendiri pon tak tahu sampai bila kebizian aku ni akan berakhir.
maka?

awak dan awak dan awak awak sekalian:

guess what i'm saying

seeya! :)


p/s 1: maaf ayat tunggang langgang
p/s 2: maaf kalau tak sempat nak balas tapak kaki kalian :O
p/s 3: sorry syahir n onie, tak sempat nk join segmen yg kalian tag. SORRY :(
p/s 4: eh, btw doakan keselamatan titeww tau! :)

Friday 4 May 2012

Runsing+Penat+Kecewa+Ohsem=a Happy Happy Day

Assalamualaikum..

jap, nak buat ayat bajet retis kejap:
umm.. sorry readers.. kiteww bizi cawngat cawngat minggu ni.. mesti ade yg bengang kan sbb ade yg pollow kiteww tp kiteww tak pollow balik. eshh2. tamo mara mara. tamo tamo *geleng2 kpale*

heh heh. awak. kite biziii. nt kite pollow awak balik. ye? ye?
blog2 kesayangan gua pon tak berape sempat nk jenguk. sadis
serius kehidupan aku semenjak dua menjak tiga menjak dan bermenjak menjak ni bizi mengalahkan PM. betul, tak tipu. hari ni pon akceli aku (students UiTM kampus KB) kena pegi jumpa dato' jib.wajib katanya. tp aku malas nak pegi. penat tahu? shopping lg bagus. haha. opss

nak dengar cite tak? jomla jomla *tarik2 baju* rumate aku yg sorg tu tgh seronok sambung tido. heaven gila d hari jumaat ni. yg lg sorg pulak? entah hape yg dbuatnye depan laptop tu ha. main game agaknye :3
aku? bosan gila. so, baik awak layan titeww membebel kt sini. kalo tak, titeww piat tinge awak. 
*pengsan doploh minit*

oh, pasal kebizian kiteww tu. mggu lepas cuti, tp otak tak cuti pon, dok runsing pasal test dan esaimen yg belambak. pastu hari isnin ade test. selasa takleh rehat gak sbb rabu ade test pulak. khamis? lagi lah bizi. kluar rumah pkul 9.30 pagi, jumpa katil pukul 12 mlm. peh!
tapi kan, khamis(semalam) merupakan a happy happy day bagi aku. kenapa?

1) semalam aku dengan bangga nye mengejoinkan diri dlm program 'walk with me'. berjalan sejauh 7km bersama sultan kelantan. sultan sanggup mencemar duli berjalan bersama rakyat. mana nk cari? :D
 oh x nampak muka sultan yg hensems :3
dapat baju cantik dan sijil hokkay ^^
 sebelom mula
jalan smbil pandang belakang mmg style :3
eh, dh TAMMAT! XD

eh jap, ade lagi.

2)  malam pulak pegi dengar ceramah free dpd Ustaz Don si hensem dan Ustaz Azhar Idrus.
ohsem gila mereka. makcik2 dan pakcik2 pon beriya gelak. aku yg muda ni terpaksa cover gelak kontrol ayu. bhahaha. ok yg ni xde gambau. saje mls nk tempek, korang bukan nak tengok pon. HEWHEW :3

tu je aktivitas nya. tp it takes time for the whole day. u noe? y u don't noe?
sekian.

motif:
nak cakap sorry tak sempat trace tapak kaki korang. tunggu ye, gua datang ni, gua datangggg~ eh. terover pulaks. kbye