pages

!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Sunday 28 August 2011

Kalau "SORRY" Boleh Selesai Masalah... Ape Guna Ada Polis??

Assalamualaikum..
"esok raya yeay! esok raya yeay!"
ahem! ayat tu untuk guna esok la. heh
tak terasa macam pernah dengar ke ayat yg dynda buat tajuk tu?
haa..sape yang pernah tengok cite boys over flower mesti pernah dengar ayat tu bukan?
heh, dynda bukanlah peminat fanatik cite2 korea, tp kadang2 layan jugak. heh hoh heh hoh
kalau fikir sekali, macam betul jugak ayat tu. tapi kalau fikir dua kali? kompem! kompem tak berapa nak betul. so, silalah korang fikir sekali sahaja bagi memudahkan kerja kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
apakah?? =.="
yela kan, kalau la sorry tu boleh selesai masalah, polis nak buat ape pulak?
contoh?
misal kata la dynda pergi rompak bank, lepas rompak segala bagai tu dynda pon mintak maaf. pastu selesai masalah. kan? kan? kan? maka polis tak dipanggil untuk menagkap dynda. *ciss, aku tak pandai nak buat ayat skema. duh! cmane la BM bleh dapat A?? hakhakhak
motif??
sebenarnya dynda nak say SORRY sebab tak dapat nak balas kunjungan korang since bila? ok dh lupa bila last day dynda update belog ni. so, klo dynda say sorry je boleh ke selesai macam tu je? heh.
rasanya walaubagaimanamacamana pun, dynda tetap kena balas jejak korang bukan? kalau tak, tak adil namanya. tapi, cmane nak balas jejak kalo tenet macam hampeh? aduh sjuta kali.
so, dynda hanya boleh cakap sorry jela beriban2 kali. mmg tak mampu nak balas jejak korang.InsyaAllah bile tenet dah laju macam ferrari nanti, haruslah dynda bls kunjungan korang. okeh? selamat meraye! maaf zahir. sekians :')

Tuesday 23 August 2011

Diam-diam Rabu! hoh hoh


motif??
sape tahu motif picture ni,dynda bg doploh hengget tolak tigaploh hengget! >.<

Sunday 21 August 2011

Attention! Bloggers Please Take Note


Assalamualaikum..
tajuk tu saje nak kasi meriah! marah? ok, ini serius..
ade haiwan dalam bahaya~
heh. nak cakap pasal perangai segelintir blogger ni. rasanya benda ni penting kot. (bagi dynda la)

PERANGAI ATAU SIKAP BLOGGER YANG PERLU DIKIKIS
1.MENIPU
menipu cmane? dah dye punya belog, sukahatijantunglimpa dia la nak gebang ape pon. tak gitu cik dynda? hello, moshi2.. menipu di sini bermaksud camni. contoh, bila kita post link dkt group blogger yang berlambak2 macam joget lambak dekat fesbuk tu kan, mesti ade punya yang komen dkt link tu cakap camni 
"follow saya balik, saya dah follow awak"
maka bila dapat pesanan macam tu, aku pon tak sampai hati la jugak klo xnk follow. then dgn selenga nye aku terus ke belog dia, then follow. bila check2 balik kat blog aku, "eh! takde pon dye follow aku??"
haa.. dynda tak marah pon, tapi klo kena dekat blogger lain, mungkin ade yg marah. KOT
perlu ke sampai nak menipu macam tu? tu desperate namanya. klo nak sangat org follow, ckp la leklok. x payah nk tipoo2. ha, kn dh panjang aku membebel.

2.PAKSA PAKSA ORANG SURUH FOLLOW
heh. lebih kurang dengan yg atas jugak ni, tapi lain sikit. selalu jumpa kat shoutbox macam ni 
"dh follow awak, follow saya balik tau!"
eh, salah ke pesan macam tu? bukan salah, tapi agak x berkenan dengan pesanan2 sebegitu. kn dynda dh ckp, tu haaa, kt bwh header tu 
"will hit u back-what u give, u'll get back" 
maknanya klo mike tu pollow awok, pandai la awok ni pollow mike balik.. klo mike tu dtg jenguk je awok ni, awok pon akn jenguk jgk mike balik.. klo berkenan, awok akn pollow mike skali. bior le mike tu idok pollow awok pon. asal awok suke, awok pollow.heh

oh oh. ok dah abes membebel. dua perkara tu je yg dynda nak membebel nye. yang baik jdkn panduan, yg buruk tu khilaf dynda sendiri la. macam buat ceramah pulak
eh, jap2
haa, lagi 1, dynda nk buat pengakuan maut di sini. bahawasanya saya miss dynda binti mr.kanda tidak akan memollow belog2 budak bawah umur yg post entry tah hape2 n takde motif langsung. 
contohnya2 entry nye:
1. ariew niew ta pegi cekowla
2. eee..ta cuwkew ngan jantan tuew, cewlawkew!
3. diew ta shayang akuh laa.. cewdey
4. mak itew mawah itew. mencik! mencik!
...dan yang sewaktu dengannya la.. again, dynda takkan follow. pesan la doploh juta riban kali pon, dynda takkan follow. ayat2 dye tu bleh buat makcik sbelah rumah pak dolah seberang sungai tu muntah okeh. nanti sungai tu jadi kaler hijau, dh x bole aku nak pergi buat terjunam bebas kt situ! >.<

nota kaki dan tangan dan jari:
-nama, latar tempat dan latar masa adalah rekaan semata2
-ade yang terasa ke? maap maap maap! SILAMAT HALI LAYEW.. (^_^)")
-org lain dah eksaited nak raye, aku?? hmm.. =.="

Friday 19 August 2011

Dunia Akhir Zaman...

Assalamualaikum..
cuba tengok gambar ni
yg lelaki tu sila jgn tengok lama2! >.<
pandangan anda?

astaghfirullah.. ape sume ni? trend baru? hah, klo trend baru meh aku conteng2 cket tubuh kau, kasi ade corak cket. lagi cantik! nak?
ok, sesungguhya kau mmg tak dengar baca pon ape yg aku tulis ni. zzzz

terang2ngan mempersendakan Islam. pakai baju paras lutut, nampak ketiak (bulu ketiak cukur tak ni?) then pakai tudung. ape, kau bajet style ke pakai macam tu?
nak kata non muslim, MUSTAHIL la, kalau non muslim, npe pakai tudung? dok gitu?

tah la, aku xnk ckp banyak. pendapat korang?

nota kaki:
picture: credit to nuryn aina

Wednesday 17 August 2011

Angkara Orang Ketiga, Aku Kau Tinggalkan

mood: sedey :(

summary:
wohoho.. ditinggalkan oleh kekasih? kasihan deh loo...
sekarang ni nak percaya cakap aku yang hidup ni unexpected?
lagi sakit hati bila ditinggalkan semata2 untuk bertunang dengan perempuan lain. perempuan yang pernah dia sayang suatu ketika dahulu. tapi perempuan itu jugak yang pernah dia kutuk sewaktu bercinta dengan aku.
bedebah punya lelaki. selamba badak, cipan, cicak tokek, dan sewaktu dengannya lagi kau tinggalkan aku. tanpa alasan yang kukuh. di mana silap aku?
boleh tuju lagu?
nah, sila dengar lagu spring-pesanan buat kekasih
*****
pesanan penaja:
ingin mengetahui kesudahan ceritanya? sila buat tempahan dengan kadar yang segera.

woii!! ini cerita betul la. dalam mimpi aku tadi ni. siap nanges2 bagai. dh la real punye nanges! sedar2 je aku dah tersedu sedan. cisss. dermm! dermm! 
dermatology sungguh!

Ya Allah ya Tuhanku, jaukanlah mimpi ngeri sebegini daripada menjadi kenyataan. Na'uzubillah.. Amin



p/s:
sorry, masih kebingungan plus mamai lagi. hohohoii~

Tuesday 16 August 2011

Gossip Oh Gossip: Tang Mana Best Nye?

Assalamualaikum..
arini hari ape? klo musim tak sekolah mesti tak ingat hari. apekekes nye dynda.
*konon budak skolah. heh

ape gossip yang hangit hangat sekarang? ade sesape bole bgtau dynda?
maklum la, dynda ni selalu ketinggalan KTM cket klo bab2 gossip artis ni. 
*tau KTM tu ape? >.<
heh, memang aku tak minat pon nak amik port pasal gossip2 retis nih.

kadang2 gossip yg dh bertahun lamanya, bila ade kengkawan sebut;

kengkawan: "weh, si polan tu blablabla"
dynda: "eh, pasal ape ni? nape aku tak tau?"
kengkawan: "laa.. ko tak tau ke? dh lame la cite ni.."
dynda: "hoh. nak buat cmane, aku tak berminat nak jdik wartawan yg tak bergaji ni. >.<"
*eh, wartawan ke?

nampak tak kejakunan budak dynda ni?
ah! tak kesah la. malas nak amik pusing. bukan dapat ape pon. dok gitu?
lain la klo bergossip pasal retis ni dapat 1 juta tambah doblas juta lagi. bole jugak wat kawen.
demmmit! haremmm..

korang yang suka bergossip lak? cecite ke'enjoy'an korang bergossip pasal retis ni? heh heh heh. sekians :')

nah. ni utk mereka2 yg suka bergossip

dan ni utk mereka2 yang tak berapa nak suka gossip(mcm aku)hahaha
p/s:
bukan nak hentam sape2 ye! ni sbbnye dynda dh takde modal nk update, sbb tu merapu2 je entry. huh. :(

Sunday 14 August 2011

HIPOKRIT Itu Perlu!

Assalamualaikum..
sedar tak sedar dah setengah bulan kita puasa. lepas tu raya. yeay! haha
lepas raya dh start kuliah, then xleh nk aktif sgt dh dgn blog.. ouh, poor my belog.. ceh!
ok, sila korang sekalian gelak sebelom dynda buat korang nanges. heh. meroyan je dynda.

hipokrit tu perlu ke? selalu kn bila ade kapel yg gadoh, mesti pernah keluar ayat ni:
"aku benci kau la! hipokrit! sanskrit! konkrit!" dan segala krit krit krit lg.
betul atau tidak?
ya betul!! segmen ini telah 'dimenangkan' oleh.... tuttt
ciss cisss cissskek kau dynda!

sape kata hipokrit x perlu? klo dlm bab lovey dovey ni dynda x brape sure la mnde tu perlu ke tak, tp dalam kehidupan, rasanya hipokrit sikit tak salah kan? perlu kan? tapi nak hipokrit pon biar berpada. depend on situation. dok gitu?
contoh?
dynda bagi contoh diri dynda sendiri la. nak bajet retis kejap ni cerita pasal diri sendiri!
boooooooo!!! ok cukup. jgn nk boooo banyak2.
bajet tak bajet. bukan kena bayar. klo meluat, menyampah,meloya dan segala gala me dot dot dot, sila pergi ke cursor, then klik close. ataupun sila ke blog2 lain yg beribu riban yg kompem2 lebih hebat daripada blog cikai ni. okeh? deal or no deal?
kalau bab merapu, 1 hari pon x habes dynda ni.

berbalik pada topik asal.
korang rasa kehidupan dynda ni macam mana? sape dapat teka dynda bagi doplosen. cepat2!
adakah korang rasa hidup dynda ni super duper happy ever after? macam fairytale? atau macam cinderella story?
tettt! lambat. nampaknya takde sape yg akn dpt doplosen dari dynda. tahniah! muehehe

hidup dynda kalau sehari tak gelak macam hantu mmg tak sah. tapi, betul ke dynda happy sehappy gelak hantu dynda tu? jawapannya tak.. hidup dynda hampir2 dengan cinderella story, tp bukan cinderella story. dynda kehilangan orang yg sgtsgtsgt berharga, yg sgtsgtsgt dynda syg. sape? cuba teka. lepas tu kena hidup dengan step mom. bayangkan? hmm.. pendek kata, ketawa dynda tu pengganti nanges dynda. boleh gitu? 
kawan dynda pernah ckp, dynda hipokrit sbb tak pernah nk tnjuk perasaan sbenar dynda. tapi salah ke? hipokrit utk jaga hati org2 sekeliling, biar mereka happy, n dynda bahagia tengok mereka happy :')
tak salah kan? so, klo mcm tu korg rasa hipokrit tu perlu atau tidak?
renung2kanlah... sekians :')


p/s utk incik kekasih:
sape kata saye x hipokrit? hek :')

Saturday 13 August 2011

Friday 12 August 2011

Dynda pon Ade Bloglist Jugak! heh

Asalamualaikum..
tajuk bajet hot. hiks! ade ku kesah?
sesape yg rasa dia tu jenis2 kepala otak masok air, sila check ye, kot tersenarai dlm bloglist dynda.
bajet hebat ler tu buat bloglist bagai ye dynda?
woh! tau la aku bukan retis.. tp bloglist yg aku buat ni aku senaraikan blog yg aku suka baca n aku gerenti menyemak stiap kali dorg post entry. sbb aku tau entry2 dorg mesti buat aku tergelak sampai terkencing.-TIPU! haha. 
at least entry2 dorg akn buat aku tergelak or paling tak pon tersenyum kambing.
buat bloglist tanpa bertanding, bole gitu? eh, sukahatiakula..blog aku kan?
tak best la pakai 'aku'. bunyi macam kasar. biasa la, dynda kan sopan santun.
hak tuii!
ha, ape lagi, check jgn tak check

ni la dorg. yg no.1-5 tu paling tip top la bg dynda. kadar peratusan otak mereka yang masuk air amat tinggi.hahah. stiap kali jenguk entry dorg mesti buat dynda gelak sorg2. pastu org ckp aku sewel gelak sorg2. ah! pedulikkk. 

p/s:
dynda suka baca blog korang! :')

1 surat layang untuk incik kekasih:
-tadi godek2 laptop buruk ni, then jumpe gambar
                                               
bajet suci. >.<
ini
&
ini
bajet rajin :P
selepas dijampi serapah sekrampes jadik cenggini:
hiks! comel tak? ade macam hasil kerja kanak2 tak? hahaha
death note:
-mengada pulak budak dynda nih! zzzzzzzz
-ok, sila kutuk dynda. babai >.<

Thursday 11 August 2011

UiTM Low Standard?? Oo.. Gitu Ek?

Assalamualaikum..
jom potpet petang bersama dynda!
jom kita booooo sape2 yang blajar kat UiTM.
boooo...! low standard dow!! booo...!

OII!!
sape brani boo aku sula! biar batal puasa hang! heh.
tatkala ini mood aku tengah menyirap sebab ade orang kutuk tempat aku belajar.
see? aku okay.. aku! bukan dynda lagi dah. takpe kan?
huh. semangat "UiTM di hatiku" amat menebal dalam diri dynda okeh! jangan cuba2 nak kutuk UiTM depan aku. nescaya aku akan turut sama mengutuk. aikk..
bukan kutuk UiTM lah! kutuk org yg mengutuk tu. faham? tak faham sudah.
ate, mike tu hebat benor ke sampei nak ngutuk tempat awok blajor?
kalo mike tu hebat benor, nape mike idok dapat masok u?
noh! mike pegi masok UO (pasaraya untung orang ramai) lerrr.. lagi high class daripada UiTM kot!
huh. cisss kek betul punya budak.
mike sbenornye dengki dengan awok.. ye dak? sebab tu mike ckp cenggitu.. idok gitu mek slamoh? *bukan nama sbenar tau! jp lg mek slamoh tersedak smbil mencekik akok sebab aku sebut nama dia. tu la, sape suruh x puasa? lalala~
ala.. sape student UiTM? jom backup dynda! ahaha.. aku pnakot, sbb tu perlukan geng.
ok smuanya dusta belaka. awok tak takot pon kat mike.. wekkkkk! *jelir lidah sambil tarik pipi*
yela.. aku tak pandai, sbb tu masok UiTM je.. ok, puas hati?
oii cik kak, UiTM pon UiTM laa... tapi ramai je graduan UiTM yang dapat kerja kt luar sana nu haa.. pasal yang menganggur tu toksah kira la, graduan U lain pon berlambak je yang mengerjakan ladang anggur kan? so.. sume same je.. "rajin bertani, dapat la hasilnya" klo malas, sendiri mau ingat maa..
kan? ok la, taknak panjang2. babai =.="
UiTM di hatiku.. lu tau??
surat cinta:
doakan saya berjaya ye! ^_^ *muka menggoda cket. AHAHA.. ok aku tak gedik. zzzzzzzzzzz

Tuesday 9 August 2011

Bangga Ler Tu Kena Puji?

sape bangga? sape kena puji? dynda?? memang tak la kan.. 
habes tu sape? err..err.. dynda pon tak tahu sape. bole gitu? ah, gasak.
amboi dynda, nak mengutuk la tu. nasib tak puasa. whoopss.. ok abaikan.
eh, lupa nak bagi salam la
Assalamulaaikum bloggers.. heee
happy smacam je dynda arini, knape ye?
hoh hoh. lagi2 isu pasal facebook. tu la, sape suruh sign up facebook dynda? pastu mula la nak kutuk org tu, nak kutuk org ni. haisyh! *jangan tiru macam dynda tao, nanti mak marah! :P
haha hey you! dynda bukan nak mengutuk pn.. nak bagi kesedaran cket kat sape2 yang bakal terasa. memandangkan dynda tak pernah buat macam tu, so dynda nak bagi mereka2 yang selalu buat tu rasa macam makan sambal belacan la cket. jahat jugak aku ni. lu tau? lu tau? lu tak tau maaa..
dynda nak ajak sesape yang seangkatan dengan dynda untuk backup dynda. boleh? 
kamon, lets go! ore kelate kata angkat puak. lu tau?
korang rasa perlu ke upload gambar2 yang segala mak nenek yang kadang mem'bulu'kan mata memandang atau kadang meloyakan tekak ibu2 mengandung dekat fb tu? perlu? buat mimik muka macam siput sedut la,  macam siput tak sedut la. pastu bila orang puji, terus bangga. besor lobang hidong.
tahukah anda, kadang2 org puji tu ade yang tak ikhlas? ade yang cakap seolah2 memuji, tapi sebenarnya memerli. hah! padan muka. muahaha. Allah dah cipta kita sebaik2 kejadian, muka dah cantik2 sume.. knape nak buat muka yang tak semena camtu? adoi..

ape masalah kau dynda? tak puas hati? nak gadoh? 
eh. dynda.. err.. takde masalah. nak bagi kesedaran cket je. err.. taknak gadoh, dynda penakot! takpe la, ade org panggil, dynda out dlu la ye, babai >.<
jgn mara aaaa.. :')

1 surat layang:
-jahat pulak kau dynda! >.<

p/s:
-hee..sory sory sory sory~~ ("(^_^)")

Sunday 7 August 2011

BERTUNANG: Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum..
ok lets proceed to the topic. *lol. macam buat presentation pulak
ok2.. dynda tahu, bace tajuk tu pon dah ramai yang akan kata dynda mengong! takpe, cakap je ape pon, dynda tak kesah. yang dapat dosa tu org yg mengutuk kan?-sila tepuk tangan utk mereka
mari berjimba! whoops.
bertunang tu sunah nabi eh?
*sudah gaharu cendana pula-petikan daripada DBP
meme ae.. 
eh, tapi dynda baru tahu je yang bertunang tu sunah nabi. oo emm jieyyy~! dynda!
ye saye? oh, mmg ilmu dynda cetek pon. masalah korang ke? bukan. masalah dynda la kan.
 nak tolong sekolahkan dynda? boleh! dgn syarat free of charge. berminat sila hubungi saya.
hmm.. aku dah cakap dah mesti melalut tak semena. nak buat cmane? taknak bace pegi main jauh2.

dah, jom berdiskusi. kalau la betul bertunag tu sunah nabi, maknanya kena buat la ye? tak semestinya kan? tapi kalau buat dapat ganjaran la kan? kan? kan ke tak kan ni?
tapi kalau dynda kan, dynda rasa dynda taknak bertunang. opss.. why? sebab takut. nanti kang, bertunang denagn orang lain, tapi kawen dengan orang lain. apa crita? maluuu. satu kampung heboh. mana nak letak muka? takkan nak pakai mask otomen pulak bila keluar rumah kan?
tapi kalau kawen terus pun, ade guarantee boleh kekal ke dynda? 
errr.. err.. xtau2. korang tolong jawabkan boleh? babai ;)

bila incik kekasih nak datang melamar? >.<

Thursday 4 August 2011

Wanna Stop Blogging.. Can I?

Assalamualaikum.. korang dah lunch ke blom? ahaha.. ok stop.
ouh ouh, rupanya dh 4 hari tak update blog ni, patot la rse lain macam je.
macam ni la jadinya bila incik malas mula merasuk dalam diri + incik penyakit mula dtg menyapa + incik kepala otak yang tak mahu menyumbangkan idea = cik dynda akhirnya tak update blog selama beberapa hari. trima kasih kpd smua incik2 skalian.. *ramai pulak incik ye?

wait2, nak suruh jenguk kat atas jap.
hey! tengok kt mana nye tu? ni je.. kat ats ni je. tajuk ni je haa..
agaknye mesti ramai yg suka klo dynda stop blogging kan? tak payah la melayan merapu meraban melalut dynda ni lagi dah. ye dak? ok sila bersorak beramai2.

yela.. klo incik stlaker pon kadang2 boleh rasa annoying ngn entry2 dynda, inikan pula org lain kan? kwang3.. pdn mke dynda! tp nmpak macam ade lg yg sudi jenguk2 blog dynda ni. mercy.. :)



nota kaki:
-ehh..toksah happy sgt, dynda bukannya nak bersara betul2 lg pon dlm blogging ni
-ade tak ayat2 berbaur DBP cket? bese la baru abes mentelaah 2 buah novel. hamek kau! *saye pon kadang jiwang gak bang! :')
-sorry, entry yg tak memberi manfaat. rugi masa je klo baca. huu.. babai.

Monday 1 August 2011

Jangan Buat Yang Tidak Tidak...

jam menunjukkan pukul 6.43pm. masak dah siap. so, sambil2 tggu azan maghrib ni nak membebel kejap. boleh? tak boleh? ah! peduli. (membebel tak batal puasa kan?) *perot tgh menyanyi lagu irama asli

ni nak membebel pasal event dekat muka buku. asal log in fesbuk je penuh ngan notification dok pakat invite join event yg tak wujud. tak wujud cmane? yela.. lately ramai je yg buat event menyambut ramadhan la, event berbuka puasa la, even sahur la. amende wey? serabut tahu. memang la tak salah klo nak buat event itu ini, tapi ape motif sbenarnya? tup2 berpuasa, berbuka, bersahaur kat rumah sendiri jugak kan? bukannya ade gathering bagai pon. yg kat sana makan kepsi, yg kt sini makan budu. takde sape pon tahu. adeyhh.. kadang2 rasa macam tak masok akal pon ade gak. hairan. kalau buat amal, tak payah nak menunjuk, nanti pahala kurang.
dynda, ko knape emo smacam? ko tak suka puasa ke?
bukan macam tu, dynda nampak je bengong, tapi puasa tetap puasa, smayang tetap smayang.
bukan ape,  kadang2 annoying dengan event yang tak 'wujud'
klo rse nak buat jugak gasak la, tapi jgn invite dynda utk event yang x masok akal. tu je.
sekians :)
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEDUNIA. *macam la satu dunia kenal aku. wohoho. dh nak azan.babai :')


death note:
-gempak tak tajuk? LOL
-sorry ye klo ada terkasar bahasa terlanjur bicara. slamat hari raya :') *tetibe
-NO WAR- ("(^_^)")