pages

!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Tuesday 31 July 2012

Cinta itu Tak Pakai Spec.

Assalamualaikum..

haaachum! *lap hingus*

cinta itu buta. maybe sebab cinta tu sendiri tak pakai spec. tapi spec bukan utk org rabun ke? kalo dah buta tu pakai la spec patblas lapis pun tetap buta. tak gitu? so tajuk aku tu salah la kan? lantak lah. malas nak baiki.

cinta itu dikatakan buta bila mana orang yang kau sayang sakitkan hati kau berpuluh mahupun ratus ataupun ribu mungkin juga juta kali, but still kau decide untuk stick together dgn orang yang kau sayang tu. contoh ni contoh. tapi, itu kah namanya cinta? hahah. aku sendiri pun tak paham. cinta kunun -,- dan aku tak paham apa motif aku post entry mcm ni. kbye




Friday 20 July 2012

Nafsu dan Setan

Assalamualaikum..

bila nafsu disedapkan lagi dengan perisa tambahan oleh setan, maka bermula lah babak di bilik tidur..



hoi! sila mimpi kalau kau expect nak baca benda2 macam tu kat blog aku yang suci dalam debu lagi murni ni.
esok puasa. tak sedar diri? aku nak cerita pasal setan, nafsu, dan puasa la ni. ngerti enggak? err -,-

"bulan puasa mana ada setan. setan sume kene rantai" -antara ayat yang tip top menjelang Ramadhan. biasanya digunakan oleh manusia2 yang pengecut seperti aku konon nak menyedapkan hati bahawa hantu tak wujud bulan puasa sebab setan kena rantai. ceh. pecah tembelang. kahkah

namun dengan keadaan dimana setan semuanya dirantai, mungkin meraung raung minta dilepaskan. tiada yang simpati. gila apa nak lepaskan setan? ok aku klaut.

namun, keadaan ini sikit pun tidak membantutkan niat yang tak suci lagi tak murni manusia yang bernama Islam untuk tidak berpuasa. tanpa segan silu mencari nasi di kedai cina dikala jam menunjukkan 12 pm. halal ke yang kau makan tu woi??

kenapa masih berlaku situasi sebegini? sebab.. yang kena rantai tu setan. tapi nafsu tu kadang lagi bahaya daripada setan. lu tau tau tau? tau tp buat2 xtau.
so, tak payah nak hepi sgt konon setan dh kena tambat segala kerana nafsu tu lagi menakutkan dibandingkan dengan setan. ingat senang nak lawan nafsu? heh. 

so, sama-samalah kita kuatkan iman, tingkatkan amalan untuk mendapatkan redha Allah di bulan yang mulia ni. semoga kita semua sentiasa di bawah payungan Allah. aamiin..

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM :)
mintak ampun mintak maaf atas segala silap salah samada yang sengaja mahupun tak sengaja :)

oh lupa, terima kasih kepada anda2 yang selalu memberi semangat kepada saya. terima kasih. ileviyuall ;p

Sunday 15 July 2012

Tak Semua Orang Bertuah

Assalamualaikum..

maaf bagi siapa yang membaca. entry ni mungkin mengandungi unsur 'emo'. maaf. di kala ini fikiran sungguh tak tenteram. mana syida yang selalu berhuha huha tak kira masa? aku sendiri sukar untuk mencari diriku yang sebenar. hilang? entahlah. terasa seperti semua kekuatan melayang. entah kemana aku pun tak pasti.

jika ada yang menganggap aku cuba untuk menagih simpati, terima kasih. kata lah apa sahaja asalkan kau bahagia. aku doakan kau takkan pernah merasa kesakitan yang aku rasa. entry ni, memang lebih kepada luahan rasa. rasa yang selama 7 tahun dipendam. akhir-akhir ini, semangat aku melayang. dan luahan ini sahaja yang mungkin dapat mententeramkan sedikit perasaan. 

kepada yang terasa menyampah, annoying, benci, bosan, dan sewaktu dengannya, aku tak pernah minta kau untuk baca entry ni. maaf. ini blog aku. aku berhak untuk menulis apa sahaja yang aku mahu selagi tidak bercanggah dengan undang2 negara mahupun Islam.

ya, aku tahu kenapa semangat aku melayang. aku tahu kenapa persaan ini tak keruan. kerana Ramadhan hampir menjelang. bukan kerana Ramadhan yang mulia itu, tapi kerana dugaan yang besar itu bakal menjengah untuk kesekian kalinya. untuk tahun yg ketujuh. dugaan apa biarlah aku sorang yang tahu.

tapi, pernahkah korang merasa berpuasa dalam sebuah keluarga yang asing bagi korang? berbuka puasa semeja dengan mereka yang membenci korang? mungkin tak pernah. mungkin dugaan ini tak sebesar dugaan mereka yang berpuasa dan berbuka tanpa sesuap nasi. mungkin aku yang mengada. tapi, entahlah. mana kekuatan itu? aku mohon kepadaMu ya Allah, kurniakan aku kekuatan itu. amin.



note:
tak semua orang bertuah kat dunia ni. ada yang hidup dalam keluarga berada dan bahagia, ada yang hidup dalam keluarga berada tapi tak bahagia, ada yang hidup dalam keluarga sederhana tapi bahagia, ada yang... ada macam2. kepada yang bertuah itu, bersyukurlah. dan kepada yang tak bertuah itu, ingatlah Allah sentiasa bersama kita.

Saturday 14 July 2012

Sebelum dan Selepas

Assalamualaikum..
heyyo heyyo. rindu! 
Rindu blog, rindu kawan2 blog. rindu hupdet blog. rindu pakwe. eh?
aummm bau kedai! perasan something?

hai kawan, saya dah merdeka. awak?
so saya nak bw ni. awak nak? nak nak nak?

sebenaunya kan dah lama tak hupdet blog ni jd tak reti pulak nk hupdet camane. heh heh.
jap, nak ajak main maki maki ni. nak tak nak tak? nak lettew! lalala~

awak, kite ade header baru. awak, kite ade background baru. awak, kite rasa macam ade yang rasa macam nk bagi kaki kt kite. jangan jangan. oke kite tamo gedik2 dah. oke oke. peace!

ekceli kan, aku frust sbb aku nk join contest abam retis tu. bukan tu tapi ni CONTEST MEGA HAZWAN HAIRY cube ah p usha. hadiah ohsem yaww!
eh jap, ade org bace ke entry aku ni yg beriya nk promote segala? :3

takpe lah. mmg xnak join pun sbb dh tau x mungkin menang. tapi.. tapi.. comey tak wajah baru belog kite? heh heh. maaf gedik lagi skali. last last :p

ekceli ekceli nak letak header gerak gerak ni td, ni ha ni ha
tapi dia xnk gerak lak. sedih. k lah. babai.


Saturday 7 July 2012

CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY

ahehehem!
Assalamualaikum..
wachaa!
punya la sakit hati intenet buat hal. cam harommm. seharian tggu. dh janji kot ngn abam retis nk juin segmen dia ptg td. maap, bkn sengaja mungkir janji T_____T
boleh picit header ni utk ke blog abam retis :p


okay lah. incik HH ataupun lebih manja digelar hery ni suruh nyatakan kenapa suka ke blog dia. kehkeh
meh tengok ni meh meh

ohsem dari segi ape? bagi saya la, blog hery ni ohsem dari segi content, cara penulisan, and paling penting owner blog yang super ramah. serius, tak ramai blogger yang ade follower beriban tapi still ade masa untuk beramah, balas jejak and rasa bersalah bila tak sempat balas jejak. yang ramai nye, satakat follower baru nk sampai seribu pun dah mula nak berlagak konon "oh aku lah retis-to-be". hek ehh. hery ni dh 2 kali pun blog dia masuk majalah, takde pun nk berlagak segala.

ape yg saya suka dengan content n penulisan hery ni, setiap entry dia ringkas je. takde nak sesak otak and rimas bila baca. dah macam tukang kritik pulak aku ni. pheww!

and, nak cakap sikit kat hery ni. benda yang paling menarik perhatian saya dekat blog hery tu.. ha cuba teka?

tett! lambat. saya suka caption (caption ke ape? -,-) dekat header tu
"sejuta langkah kembara impian"
super nice. love it.

okay. tu je nak cakap. sekian babai :)

p/s: sila jangan kutuk bahasa gua yang bajet bagus plus gambar zaman sekolah tadika gua kat atas tu. kahkah


Thursday 5 July 2012

Meaningless or Meaningful?

Assalamualaikum..
aku kesuntukan masa sebenarnya. kurang 30 jam dari skarang untuk bertarung bersama ketas dan pen. tapi cuba jugak menggigihkan diri nak post benda ni. meaningless or meaningful xtau lah.
maaf lukis sambil kelam kabut

wa chow dlu
eh jap, ade yg follow saye, n bnyk jugak yg tinggal tapak kaki tak sempat balas lagi. maaf ye. next time i will. babai :)

Wednesday 4 July 2012

Rabu Tanpa Kata | Describe Yourself

Assalamualaikum.. 

note:
maaf tak sempat BW. tunggu lepas 13 july ye. 
oh ye, mlm ni mlm nisfu sya'aban. jgn lupa buat amal ye. Allah tu maha pemurah :)
seeyaa!