!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Tuesday, 4 October 2011

Assignment HPD112: My Inspiration

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..
whoa! dah lama gila tak hupdate belog. bleh masuk Malaysia Blog of Record tak?
eh jap, ade ke bende alah yg aku sebut kat atas tu? muahaha.. ok abaikan.
syida oh syida, fokus ok.. ini esaimen!
*nama dynda ditukar kepada syida kejap
*dah lame tah hupdate belog, tup2 muncul ngn esaimen lak, menyampeh la SYIDA ni! kahkahkah
err.. sorry kak jieha, TERmerepek pulak :')
*JANGAN MARAH TAU, NANTI TAK COMEL :p

ok2 serius
....

       Assalamulaikum.. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya masih lagi diberikan kesihatan dan kudrat untuk menyiapkan assignment Pengucapan Awam HPD112  yang bertajuk My Inspiration seperti yang diminta oleh lecturer kami, KAK JIEHA-lecturer paling sporting dan comel.

       Apa itu inspirasi? Pada pendapat saya, inspirasi ialah seseorang yang selalu dijadikan sebagai role model kepada seseorang dalam hidupnya. Saya percaya setiap orang mempunyai inspirasi masing-masing, dan inspirasi itu lah yang akan dijadikan sebagai contoh untuk membentuk peribadinya sendiri.

       Inspirasi saya ialah ibu. Rokiah Binti Salleh, seorang suri rumah yang pandai menjahit. Seorang yang sangat biasa, mempunyai latar belakang yang sederhana, dan bukanlah seorang yang berkerjaya. Mungkin bagi mereka, tiada sebab untuk saya jadikan ibu sebagai inspirasi. Namun bagi saya, sifat penyabar, tenang, tegar, dan bertanggungjawab yang sangat menebal dalam diri beliau merupakan sesuatu yang paling berharga, dan itu sudah memadai bagi saya untuk menjadikan ibu sebagai inspirasi saya. Tidak dapat dinafikan bahawa ayah saya mempunyai dua orang isteri, dan ibu adalah isteri kedua. Saya percaya, bukan mudah untuk menjadi isteri kedua. Tomahan dan hinaan orang kampung mungkin suatu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila bergelar isteri kedua. Namun saya juga percaya kepada jodoh. Jika benda sudah tertulis, siapa kita untuk mengelak daripada perkara sebegitu? Jika bukan jodoh mereka, takkan mungkin ibu dan ayah dapat meneruskan hidup bersama sehingga akhir hayat ibu. 

       Mengenang kembali kehidupan semasa arwah ibu masih hidup, saya tahu banyak cabaran dan dugaan yang ibu terpaksa tempuhi. Lumrah hidup berpoligami, ayah bukan sentiasa akan berada bersama ibu. Namun, tidak pernah sekali pun beliau mengeluh. Tanggungjawab ibu terhadap kami sekeluarga tidak pernah terabai. Kami tidak pernah merasa kekurangan. Ibu adalah segalanya bagi kami, jika ayah tiada di rumah, ibu lah ayah, ibu lah emak. Walaupun hidup kami bukanlah mewah, tapi kebahagiaan tetap menjadi milik kami berkat kesabaran dan tanggungjawab ibu. Salah satu sikap ibu yang saya kagumi ialah beliau tidak pernah membantah kata ayah. Beliau juga tidak pernah merungut. Sikap ibu yang suka memendam rasa dengan riak wajahnya yang sentiasa tenang membuatkan tiada siapa pun yang dapat membaca perasaan sebenarnya. Ibu tidak pernah mengadu walaupun sakit sehinggalah suatu hari ibu tiba-tiba pengsan dan barulah kami dapat tahu bahawa ibu menghidap penyakit buah pinggang tahap pertengahan. Lantaran itu ibu terpaksa menjalani rawatan dialysis. Seringkali saya sebagai seorang anak menangis mengenangkan nasib ibu, namun sekali pun saya tidak pernah melihat tangisan ibu gugur dari matanya. Betapa kuat semangat seorang ibu. 

       Oleh sebab itu, saya bertekad yang saya akan belajar bersunguh-sungguh. Saya ingin menghadiahkan sebuah kejayaan kepada ibu. Namun Allah lebih sayangkan ibu. Beliau meninggal semasa saya hampir menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2005. Semenjak itu, saya merasa seperti hilang arah. Ditambah pula terpaksa hidup dengan keluarga tiri. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi oleh seorang remaja yang berumur 15 tahun yang masih memerlukan seorang ibu di sampingnya. Banyak pahit getir yang terpaksa saya tempuhi untuk meneruskan hidup sehingga hari ini. Namun, mengenangkan kembali kesabaran, kekuatan dan ketegaran arwah ibu, saya kuatkan semangat untuk menghadapinya. Jika ibu boleh tempuhi pelbagai cabaran yang pastinya jauh lebih banyak daripada apa yang saya hadapi, saya yakin saya juga boleh. Alhamdulillah saya berjaya menempuhi segala dugaan yang tak pernah putus dalam hidup saya sehingga hari ini. Sujud syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA juga lah saya berjaya menempuhi segala cabaran itu. Dan saya berjanji kepada diri sendiri, saya akan hadiahkan sebuah kejayaan kepada keluarga saya. saya ingin mengubah nasib adik beradik saya, saya ingin membalas jasa ayah saya membesarkan saya, dan doa juga dipanjatkan kehadrat Ilahi supaya arwah ibu sentiasa tenang di alam sana. amin..

sekian, wassalam



p/s: kak jieha, sorry ayat lintang pukang. hehehe

6 comments:

NUN@ said...

kak jhah doakan awak berjaya..dan selalulah doakan untuk arwah dea yer..dengan meletakkan mak sebagai inspirasi kita akan sentiasa mahukan kejayaan..dan arwah mak dea mesti bangga sebab skrg dea sedang menuju kejayaan..:) al-fatihah untuk mak dea..

Dynda said...

tq kak jieha.. amin.. smoga cita2 syida tercapai :')
n tahniah atas kejayaan kak jieha pd umur yg muda, bangga dgn kak jieha :)

nazirulhazwan~ said...

:) whoaa, entry jujur dan ikhlas.

saya doakan yang terbaik utk awak dan juga utk arwah ibu awak. mak awak sure bangge dengan awak:)

Dynda said...

@nazirulhazwan
hehe. jujur kan kan kan :P

ermm.. tq sgtsgtsgt. amin.. :')

zulhilmi tempoyak said...

;')

Al-Fatihah untuk arwah ibu.

smoga apa yg awk janjikan dpt dicapai.

:')

Dynda said...

tempoyak, doakan saye yeee.. hiks! tq3 :')

insyaAllah.. amin :))