!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Wednesday, 6 July 2011

ADA APA DENGAN POLITIK?

Hye all.. watpe tu..? ok hari ni dynda malas nak merepek, tapi nak membebel sikit. Isu: politik. Ape pendapat korang pasal politik? Dynda selalu terfikir,” kenapa perlu ada politik?”. Politik memang la perlu, tapi kenapa perlu ada banyak parti politik? Ok, dua2 soklan dynda ni memang agak bodoh, KOT. Maslahatnya  bila ada banyak parti politik, mesti akan berlaku pertelingkahan antara penyokong2 parti tersebut. Saban hari kita dengar pihak tu kutuk pihak ni, pihak ni kutuk pihak tu. Contohnya, penyokong PAS kutuk BN, penyokong BN pulak kutuk PAS. Ape kejadahnya semua ni? Apa yang mereka dapat dengan kutuk mengutuk, keji mengeji, hina menghina, benci membenci antara satu sama lain? Dapat duit? TAK. Dapat ganjaran? TAK. Dapat dosa kering ada la. Yang paling teruk sampai ada yang enggan untuk bercakap atau bergaul dengan mereka yang berlainan parti politik dengan dirinya. Ade ke camtu? Memang ada. Dynda penah jumpa orang macam ni. Please lah, tak matang langsung. Bila timbul je apa2 isu dalam politik, masyarakat mula la pom pam pom pam, Kutuk situ kutuk sini. Tapi, mereka tahu ke apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam dunia politik tu? Rasanya kita hanya sebagai masyarakat takkan tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia politik sana, kecuali kita sendiri yang berada dalam dunia tu. Memang kita ada kebebasan untuk berkata-kata, tapi jangan la terlampau sangat. Dynda bagi contoh kes anwar dengan saiful. Apa yang dynda Nampak, puak BN sokong saiful, manakala puak PAS pulak sokong anwar. Kenapa begitu dan kenapa begini? Tapi tak semua orang la macam ni.. bila sebut pasal kes anwar ni, dynda kadang2 terfikir jugak, kenapa si saiful tu takleh nak defend diri dia sendiri daripada diperlakukan sedemikian? Tapi dynda memang tak sokong mana2 pihak. Dua2 berpotensi untuk disalahkan. Sebagai manusia yang memang tak pernah berminat dengan politik, dynda memang tak berapa amik kesah dengan ape yang berlaku dalam dunia politik. Yang penting dynda dapat hidup dengan aman, takde orang kacau. Even umur dah 21, tapi hati tak pernah terbuka untuk amik tahu pasal politik. Rimas. Moral of the story, sokong je mana2 parti yang anda suka, tapi untuk bergaduh antara satu sama lain tu rasanya tak perlu la kot. entah lah, Allahua’alam. Babai J

p/s: sorry kalau dynda tersalah cakap, ataupun apa yang dynda cakap tu tak betul :)) -NO WAR-

3 comments:

Fyzal said...

orang kita lebih faham politik kepartian daripada Sains Politik sebab 2 perkara ini adalah sgt berbeza. politik kepartian selalu dikaitkan dengan amalam demokrasi. its about choice. jadi untuk menjadikan satu satu parti itu sebagai pilihan - menjadi biasa kepada mereka untuk membuka aib pihak lain supaya pihak lain nampak buruk dan pengundi akan mengundi pihak yang nampak macam lebih baik. it's just a game.

miss dynda said...

@Fyzal
tak boleh ke klo dorg tu tak kutuk mengutuk antara satu sama lain? kita yang dengar ni pun kadang2 rasa geram. entahlah, sebab dynda sndri pun x pernah minat politik. so, tak tahu lah pendapat dynda tu msuk akal ke tak. :)

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih