pages

!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Tuesday 1 May 2012

Special Edition: Hati Perempuan Ini


Hati perempuan ini...
sungguh rapuh pada lumrahnya
serapuh dahanan kayu menanti tiba gugurnya waktu
namun...
rapuh lagi hati perempuan ini..
malang

hati perempuan ini..
tampak kuat pada zahirnya
kasar pada perilakunya
terkadang biadab pada percakapannya
namun hati perempuan ini...
adakah yang bisa mengerti isinya?

hati perempuan ini...
ibaratnya secebis kapas
tampak kasar bila dilihat
tapi...
pernahkah sekali engkau menyentuhnya?
kasarkah ia?
atau..
lembutkah ia?
atau mungkin...
nipiskah ia?

hati perempuan ini...
tiada cukup kasih sayangnya
ibaratnya si padang pasir
tandus

hati perempuan ini...
andai dapat dilihat
ibaratnya seperti gelas kaca, retak
mungkin...
tidak dapat lagi menampung
walau setitis air cuma

hati perempuan ini..
ibaratnya secarik plastik sampah
dicari bila perlu,
dibuang bila tak mahu
pilu

hati perempuan ini...
tidak banyak permintaannya
cuma sedikit
bukan harta dan wang berjuta
cukuplah sekadar
sekudus kasih
yang tidak akan pernah rapuh
juga perhatian dan masa, secukup rasa
kerana itu sahaja
penawar hati perempuan ini..

wahai si pencuri hati perempuan ini..
fahamilah
fahamilah
jika benar hati lelakimu itu
ikhlas menginginkan hati perempuan ini...
maka, berusahalah
berusahalah
kuatkanlah hati perempuan yang rapuh ini
tebalkanlah hati perempuan yang makin nipis ini
siramilah hati perempuan yang tandus 
ibaratnya padang pasir ini
dengan
cinta dan sayangmu seikhlasnya

retak hati perempuan ini,
jangan dibiar menyapa belah
kerana...
kaulah racun
kaulah penawarnya

sekian.

note: sorry readers, kejiwangan melanda. sila jgn mengeluarkan isi perut anda :3

27 comments:

kura said...

kau nak aku balas Hati Lelaki Ini pula ke dih? hahaha..

Mr.She said...

kau jgn nk kabut sangat lah kuraaaa :3

Unknown said...

huk huk....jiwanggsss....hihi

-meeSUPERGIRL- said...

pokoknye jgn main2 lah kan dgn hati pmpuan .. hehe ..

follow awk :) salam kenal :P

Unknown said...

wah... indahnya pujangga ni.. berguna utk renungan kaum2 lelaki

ZULHILMI TEMPOYAK said...

tp kan awk.. hati sy pon rapuh serapuh biskut kering yang kita makan bersama dl.. ;p

Anonymous said...

cakap pasal hati pempuan sampai bila pun tak habis

mohamad shazni said...

wah..pandai nye die bermadah..sungguh ta bisa ku untuk mengertinya..=)

Hirdayu Rahmat said...

bhahaha ! jiwang hoiii ~~~

kyna said...

terbaik ..heheh ^^

syafiqa said...

aku rasa blog ni kena hack.
tak mungkin kau tulis begini.

kahkahkah

CikTeddyCorner said...

hati perempuan ini bak kapas,direnjis air biar sedikit..melayu bagai direndam dlm laut..kikiki

♥ sitifarhana ♥ said...

hati ppuan ni sebenarny penuh dgn kelembutan..walau sekuat mana zahirnya...huu

ainraus said...

saya suka tulisan awak!
jadi saya follow awak. heeeee. :D

Mr.She said...

@atok
hewhew. jiwang sekali sekala :P

Mr.She said...

@supergirl
haa.. betol3

^__^

Mr.She said...

@incik boni
hewhew. ayt tu mcm puji pon ade, mcm perli pon ade. mne satuu eh abam boni? kehkeh

Mr.She said...

@tempoyak
biskut meri takde? :3

Mr.She said...

@sis92
aah kann. :3

Mr.She said...

@shazni
ok tak payah paham. kehkeh

Mr.She said...

@kak maya
haha. malu titeww! >.<

Mr.She said...

@kyna
terbaik la sgt. gaya bahasa bersepah. haha

Mr.She said...

@iqa
bhahaha. aku syukur kau tak percaya aku tulis cenggini. sbb...

aku malu nk ngaku yg aku tulis mnde alah ni. HAHA

Mr.She said...

@cik
betul3! kapas oh kapas :3

Mr.She said...

@farhana
yes yes. agreed 1000000% :)

Mr.She said...

@ainraus
heheh. maluu titeww :P

Zehan Ilyana said...

jap nak check, hati ni hati perempuan ke hati jejaka? kehkehkeh