pages

!~THANKS FOR VIEWING~!

!~W.E.L.C.O.M.E~!
ini belog buruk dan berhabuk dan tak laku dan dan dan... kbai.

Sunday 15 July 2012

Tak Semua Orang Bertuah

Assalamualaikum..

maaf bagi siapa yang membaca. entry ni mungkin mengandungi unsur 'emo'. maaf. di kala ini fikiran sungguh tak tenteram. mana syida yang selalu berhuha huha tak kira masa? aku sendiri sukar untuk mencari diriku yang sebenar. hilang? entahlah. terasa seperti semua kekuatan melayang. entah kemana aku pun tak pasti.

jika ada yang menganggap aku cuba untuk menagih simpati, terima kasih. kata lah apa sahaja asalkan kau bahagia. aku doakan kau takkan pernah merasa kesakitan yang aku rasa. entry ni, memang lebih kepada luahan rasa. rasa yang selama 7 tahun dipendam. akhir-akhir ini, semangat aku melayang. dan luahan ini sahaja yang mungkin dapat mententeramkan sedikit perasaan. 

kepada yang terasa menyampah, annoying, benci, bosan, dan sewaktu dengannya, aku tak pernah minta kau untuk baca entry ni. maaf. ini blog aku. aku berhak untuk menulis apa sahaja yang aku mahu selagi tidak bercanggah dengan undang2 negara mahupun Islam.

ya, aku tahu kenapa semangat aku melayang. aku tahu kenapa persaan ini tak keruan. kerana Ramadhan hampir menjelang. bukan kerana Ramadhan yang mulia itu, tapi kerana dugaan yang besar itu bakal menjengah untuk kesekian kalinya. untuk tahun yg ketujuh. dugaan apa biarlah aku sorang yang tahu.

tapi, pernahkah korang merasa berpuasa dalam sebuah keluarga yang asing bagi korang? berbuka puasa semeja dengan mereka yang membenci korang? mungkin tak pernah. mungkin dugaan ini tak sebesar dugaan mereka yang berpuasa dan berbuka tanpa sesuap nasi. mungkin aku yang mengada. tapi, entahlah. mana kekuatan itu? aku mohon kepadaMu ya Allah, kurniakan aku kekuatan itu. amin.



note:
tak semua orang bertuah kat dunia ni. ada yang hidup dalam keluarga berada dan bahagia, ada yang hidup dalam keluarga berada tapi tak bahagia, ada yang hidup dalam keluarga sederhana tapi bahagia, ada yang... ada macam2. kepada yang bertuah itu, bersyukurlah. dan kepada yang tak bertuah itu, ingatlah Allah sentiasa bersama kita.

19 comments:

hazwan hairy said...

sabar tau....tepuh dugaan itu..nnti kita buka sekali nak?hehe

Mr.She said...

insyaAllah mudah2an dkurniakan kekuatan. tq hery :')

Unknown said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya..

tabah dan kuatlah =)

Noor Atikah Ramli said...

sabar ye . kuatkan semangat ^^

selamat menyambut ramadhan :)

Liyana Izzati said...

Ramadan should be something yang welcoming. Be strong sis. Life is hard but try to take that as positive as possible. Even susah macam nak mati. I don't know what your problem really is but for me if you can handle all those problems and pressure for the last six years why dont you do the same thing this year. InsyaAllah you can do it. ;)

Spread the goodness of Ramadhan.

ஜ miss klanika ஜ said...

cuba tabahkan diri jugak semeja dgn mereka nanti .

Unknown said...

zaman sekarang ni.. saya berani cakap yang ramai keluarga yang tak bahagia.. saya tau.. jadi, saya nak awak bersabar tau. kuatkan semangat utk hadapi dugaan ni..

Aing said...

hey mr she! blog kau dh brubh kan?haha ksian aku yg bru jengah sini..btw kau cntik lah! :P

sabau2 tau..moga kekuatan brsama kau sbb Allah takkan uji hambaNya mlainkn hambaynya yg kuat! :)

nadia said...

Bersabar.Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak tanggungnya.

Mohon pd Dia semoga masalah ni cpt selesai.

Unknown said...

Tuah ayam nampak di kaki... Tuah orang?? letak di kerisnya kah?? atau di kekuatannya?? hahahahaha

CikTeddyCorner said...

jap2..she shi buat cik sedih -,-

syafiqa said...

hm.
beb , kau kenapa ni?kalau ada apa apa
bg tau je ye

Dua Qurun said...

bersabarlah.....moga2 anda mncapai ketenangan..

Unknown said...

napa ni...meh kongsi masaalah tu dengan atok

Unknown said...

napa ni...meh kongsi masaalah tu dengan atok

Unknown said...

napa ni...meh kongsi masaalah tu dengan atok

Unknown said...

napa ni...meh kongsi masaalah tu dengan atok

Zufar Najib said...

hum hum hum. . . semoga lebih tabah.sebab zufa alami benda yang samajugak ,bukan mungkin bukan dengan family tapi di sekolah mahupun di universiti.

-meeSUPERGIRL- said...

be strong okay ? setiap ap yg berlaku adalah salah satu sbb utk mematangkan kite :)