pages

Tuesday, 1 May 2012

Special Edition: Hati Perempuan Ini


Hati perempuan ini...
sungguh rapuh pada lumrahnya
serapuh dahanan kayu menanti tiba gugurnya waktu
namun...
rapuh lagi hati perempuan ini..
malang

hati perempuan ini..
tampak kuat pada zahirnya
kasar pada perilakunya
terkadang biadab pada percakapannya
namun hati perempuan ini...
adakah yang bisa mengerti isinya?

hati perempuan ini...
ibaratnya secebis kapas
tampak kasar bila dilihat
tapi...
pernahkah sekali engkau menyentuhnya?
kasarkah ia?
atau..
lembutkah ia?
atau mungkin...
nipiskah ia?

hati perempuan ini...
tiada cukup kasih sayangnya
ibaratnya si padang pasir
tandus

hati perempuan ini...
andai dapat dilihat
ibaratnya seperti gelas kaca, retak
mungkin...
tidak dapat lagi menampung
walau setitis air cuma

hati perempuan ini..
ibaratnya secarik plastik sampah
dicari bila perlu,
dibuang bila tak mahu
pilu

hati perempuan ini...
tidak banyak permintaannya
cuma sedikit
bukan harta dan wang berjuta
cukuplah sekadar
sekudus kasih
yang tidak akan pernah rapuh
juga perhatian dan masa, secukup rasa
kerana itu sahaja
penawar hati perempuan ini..

wahai si pencuri hati perempuan ini..
fahamilah
fahamilah
jika benar hati lelakimu itu
ikhlas menginginkan hati perempuan ini...
maka, berusahalah
berusahalah
kuatkanlah hati perempuan yang rapuh ini
tebalkanlah hati perempuan yang makin nipis ini
siramilah hati perempuan yang tandus 
ibaratnya padang pasir ini
dengan
cinta dan sayangmu seikhlasnya

retak hati perempuan ini,
jangan dibiar menyapa belah
kerana...
kaulah racun
kaulah penawarnya

sekian.

note: sorry readers, kejiwangan melanda. sila jgn mengeluarkan isi perut anda :3

27 comments:

  1. kau nak aku balas Hati Lelaki Ini pula ke dih? hahaha..

    ReplyDelete
  2. kau jgn nk kabut sangat lah kuraaaa :3

    ReplyDelete
  3. huk huk....jiwanggsss....hihi

    ReplyDelete
  4. pokoknye jgn main2 lah kan dgn hati pmpuan .. hehe ..

    follow awk :) salam kenal :P

    ReplyDelete
  5. wah... indahnya pujangga ni.. berguna utk renungan kaum2 lelaki

    ReplyDelete
  6. tp kan awk.. hati sy pon rapuh serapuh biskut kering yang kita makan bersama dl.. ;p

    ReplyDelete
  7. cakap pasal hati pempuan sampai bila pun tak habis

    ReplyDelete
  8. wah..pandai nye die bermadah..sungguh ta bisa ku untuk mengertinya..=)

    ReplyDelete
  9. aku rasa blog ni kena hack.
    tak mungkin kau tulis begini.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  10. hati perempuan ini bak kapas,direnjis air biar sedikit..melayu bagai direndam dlm laut..kikiki

    ReplyDelete
  11. hati ppuan ni sebenarny penuh dgn kelembutan..walau sekuat mana zahirnya...huu

    ReplyDelete
  12. saya suka tulisan awak!
    jadi saya follow awak. heeeee. :D

    ReplyDelete
  13. @atok
    hewhew. jiwang sekali sekala :P

    ReplyDelete
  14. @supergirl
    haa.. betol3

    ^__^

    ReplyDelete
  15. @incik boni
    hewhew. ayt tu mcm puji pon ade, mcm perli pon ade. mne satuu eh abam boni? kehkeh

    ReplyDelete
  16. @tempoyak
    biskut meri takde? :3

    ReplyDelete
  17. @shazni
    ok tak payah paham. kehkeh

    ReplyDelete
  18. @kak maya
    haha. malu titeww! >.<

    ReplyDelete
  19. @kyna
    terbaik la sgt. gaya bahasa bersepah. haha

    ReplyDelete
  20. @iqa
    bhahaha. aku syukur kau tak percaya aku tulis cenggini. sbb...

    aku malu nk ngaku yg aku tulis mnde alah ni. HAHA

    ReplyDelete
  21. @cik
    betul3! kapas oh kapas :3

    ReplyDelete
  22. @farhana
    yes yes. agreed 1000000% :)

    ReplyDelete
  23. @ainraus
    heheh. maluu titeww :P

    ReplyDelete
  24. jap nak check, hati ni hati perempuan ke hati jejaka? kehkehkeh

    ReplyDelete

awak nak tulis ape? :3